Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 12 Januari 2012

PMR Hafiz

Alhamdulillah... Hafiz mendapat 7A dan 1B dalam PMR.  sudah kujangka sebenarnya.  ini kerana pada peperiksaan percubaan dia mendapat 4A4B.  dalam subjek B tersebut ada yang atas pagar dan boleh mendapat A.  Syukur Alhamdulillah.  Penat Hafiz mengulangkaji dan penat aku dan suami bergilir menghantar dia tuisyen berbaloi.  Terima kasih Ya Tuhan.  Sekurang-kurangnya kejayaan ini boleh mendorong Anis dan Haziq supaya berusaha dengan  lebih rajin sedikit.  Sebagai hadiah suami membelikan komputer riba jenama asus.  Aku pun selama ini sudah acapkali membelikan buku2 sejarah yang diminta maka aku rasa tidak perlulah lagi memberi apa-apa hadiah tetapi suami aku menyuruh aku memberikan juga sesuatu.  maka aku berikan dia RM500.  tetapi Hafiz ambil RM100 sahaja, yang selebihnya dia minta aku simpan. 

Aku rasa cikgu pun hairan macamana Hafiz dapat 7A sedangkan dia dalam tingkatan 3C.  Kelas yang tidak elit.  memang pun tidak elit sebab kelas elit cuma untuk kelas harapan.. cikgu sendiri yang memanggil kelas tu kelas elit semasa nak minta duit tuisyen dari budak2.  sebab hafiz berada dalam kelas tidak elitlah maka cikgu mengajar pun buat syarat jer... tak adalah yang pulun benar sampai silibus pun tak abis... boleh percaya, silibus tak abis?  Nasib baik juga Hafiz bersemangat nak dapatkan 8A... berkejar ke tuisyen swasta, pergi seminar PMR sampai Seremban.

Aku rasa tidak baguslah apabila seorang guru itu cuma target sekelas sahaja untuk cemerlang.  mereka tak bagi peluang untuk anak2 murid yang lain mendapat layanan dan perhatian yang sama.  sebab tu dalam kelas Hafiz, ada cikgu panggil anak murid "beruk".  penat aku asuh anak aku jadi orang baik, dia panggil anak aku beruk?  cakap ikut sedap mulut.. last sekali berapa orang jer PMR dpt 8A dan 7A?  tak sampai pun 10 org... tak semua cikgu jahat, ramai cikgu baik2... tetapi bila ada sekali sekala manusia tak berfikir panjang 'terlepas' jadi cikgu, kesannya pada anak murid... sian budak2..

sama la dengan kes cikgu sekat anak murid lemah supaya tak masuk exam, takut peratusan cemerlang turun.. sama juga dengan kes dalam tv semalam, tak mahu menerima pelajar sakit, sebab salah faham atau sebab takut prestasi sekolah tercalar...

Cikgu pun alami tekanan.  kesian juga kat cikgu... tapi menafikan hak seorang anak yang naif untuk belajar, kita sebagai seorang guru, kesalahan macam itu memang tak dapat dimaafkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan