Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 14 Disember 2011

isteri material

Suami tersayang ke Indonesia lagi.  sekali sekala berjauhan apa salahnya kan.  anis dan haziq masih di Pasir Mas di rumah nenek.  aktiviti mereka berdua adalah main air, tangkap ikan dalam lopak, menolong mak sedara dia orang buat bedak sejuk dan segala macam.  aktiviti yang menerujakan mereka dan akan terpahat sebagai kenangan manis di kampung, sempena cuti persekolahan.  Omar pula gigih mengutip duit syiling untuk dimasukkan dalam tabung bagi membeli psp.  baru jer masuk 5 tahun pada 24 November, dah pandai minta psp, minta android.  siap download macam2 game dalam henset aku dan papanya. sekali jer papa dia ajar cara nak cari dan download game free terus menerus download tak habis. henset aku pun dah jadi hen (pelik) semacam.  Sekali papa dia ajar autocad, terus nak buat autocad... budak2 zaman sekarang...

hari tu suami aku tanya, aku sayang kat dia ke tak.  aku cakap sayang lah, bahkan makin sayang. dia tanya kenapa, aku jawab macam ni lebih kurang... "dulu pun sayang, la ni makin sayang sebab papa pun dah ada XXX, kalau papa ada porche ke jaguar ke, tahap sayang mami makin bertambah" tergelak suami aku mendengar... tu cinta materialistik katanya.  aku gelak jer... suami aku pun tau aku bergurau...

sekali sekala kena tinggal memang bagus. aku boleh rasa aku ni manja sangat dengan laki.  minta suami beli nasi la, nak breakfast sekali lah, minta isi minyak sampai penuh la, minta beli smart tag la. punya lah wagamama (selfish).. bila dia tak ada, terkejar2lah aku membeli nasi lemak pagi2 buta untuk Hafiz dan Omar pagi tadi.. dahla semalamam, aku tidur pukul 1 pagi, meneman anak saudara menunggu bas untuk balik ke KB... dari 830 hingga pukul 12 malam dia tercatuk tunggu bas, last sekali dia call aku minta ambil. bila sampai sana, bas on the way kata seorang perempuan... dah berapa kali on the way, tunggu lagi setengah jam, baru menjelma. rupa2nya banjir di KL... haaaah... kalau suami aku ada, bukan aku tapi suami aku yang terpaksa jaga malam dan melupakan nikmat tidur.  Alhamdulillah Tuhanku... memberikan kami nikmat tidur...

itulah suami aku..... sayang suami aku  (bodek nak dpt ole2 sekali)... kata anak saudara aku, dia tak faham otak suami aku macamana... aku tergelak... igt apa.. rupanya dia hairan macam mana suami aku mahir buat macam2 benda... :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan