Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 26 Disember 2009

bunian

Aku tidaklah asing dengan dunia bunian… kerana aku kadang-kadang terfikir rumahku turut dihuni mereka.

Malam-malam (tidak selalu dan sangat jarang) aku akan mendengar suara-suara bercakap. Pernah terdengar juga suara orang seperti seseorang sedang berbisik. Dan yang paling nyata aku pernah ditampar sewaktu tidur siang sehingga aku terbangun akibat kuatnya tamparan yang hinggap di pipiku. Aku tertidur di siang hari. Sakitnya masih terasa sehingga beberapa minit aku terbangun dan leherku pula seperti tersalah urat.

Kebetulan rumah atau kawasan yang ku diduduki ini pernah menjadi kawasan penempatan bunian… kata orang. Aku tidak tahu mahu percaya atau tidak. Cuma aku yakin bahawa ada makhluk lain selain manusia, hidup di dunia ini di dalam dimensi yang berlainan... aku percaya baik bunian, jin atau iblis menghuni dunia ini mengikut dimensi yang berbeza… tempat yang sama tetapi dimensi yang berlainan… dan kerana itulah kadang-kadang ada orang termasuk ke alam bunian… Iya pelik juga ya, kita selalu mengatakan orang itu termasuk ke alam bunian, tetapi tiada pula yang mengatakan dia termasuk ke alam jin atau iblis? Hah! Siapa mahu jawab…

Cuba selidiki berita tentang UFO? Itu alien? Jin? Atau bunian? Padaku mereka adalah sejenis jin. Tidak pernahkah terfikir kenapa manusia yang diculik alien itu akan dihantar pulang? Sedang jin a.k.a. alien yang diculik manusia cedera, diawet dan mati? Kerakusan manusia?ketulusan jin? Mengapa ya alien boleh mencipta pesawat yang sedemikian canggih… atau pesawat itu teknologinya dicedok dari mana?

Oh! Aku dan persoalanku… sejak kecil aku percaya bahawa jika kita menggali bumi ini, bila tiba di peringkat lapisan tertentu, akan berjumpa makhluk lain persis manusia? Akukah yang hidup di alam khayalan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan