Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 19 Februari 2010

Isteri curang

banyak betul kisah isteri curang dilaporkan sekarang dalam suratkhabar.  Kenapa ya para isteri ini sanggup berlaku curang?  Tidak bahagiakah berada di rumah, membesarkan anak-anak dan mendidik mereka ke jalan yang lebih baik?  mungkin ada berbagai alasan yang menyalahkan para suami tetapi suami yang baik budi pekerti pun, ada isteri yang sanggup curang... Jika tiada sudah kasih sayang pada suami, luput jugakah kasih sayang pada anak-anak yang comel, mulus dan naif?  tidak terasa risaukah melihat anak yang degil, kurang sabar dan tidak pandai belajar/mengaji?  Tidak tahukah anak itu seperti kain putih dan didikan kita yang menjadikan ianya kuning, merah, hitam atau masih lagi suci bersih?

Kenapa ya ibu-ibu yang sudah ada anak berderet-deret, sudah menginjak usia 30an jua 40an sanggup berzina dan meruntuhkan rumahtangga sendiri atau orang lain?  Tidak sedarkah bahawa balasan dunia ini jua mungkin tak mampu diterima, apatah lagi balasan akhirat?  tidak tahukah bahawa syurga itu di tapak kaki suami...?  mengapa mereka boleh bertahan melihat anak-anak yang tertekan dan canggung bersama ibu durjana seperti ini?  wahai... malang sekali... jangan sekali curang! jangan sampai suami tidak redha pada mu... kelak neraka tempat kekalmu... salah kita pada Tuhan InsyaAllah akan diampunkan kerana Dia Maha Pengampun dosa-dosa besar... tetapi dosa kita kepada manusia terutama sekali pada suami, hanya manusia itu sahaja yang boleh memaafkannya...

Ikhlaskan diri menabur bakti suami, bantulah suami dan semoga Tuhan membantumu di akhirat.. peliharalah aib manusia semoga aib kita tidak dipertontonkan di hari pembalasan..

Jika anda ingin membalas kecurangan suami... adakah anda yang menang?... jawapannya tidak, kerana Syaitan dan nafsu yang menang...  Jika suami tidak mampu mencukupkan keperluanmu, berlaku zalim pada mu, bukankah Allah itu tempat kamu mengadu? dan tahukah kamu Allah amat suka pada hamba yang sering mengadu dan menangis di hadapanNya...  Bukankah kesengsaraan akibat perbuatan suami membolehkan anda sering dekat dengan Tuhan?

Ya Allah.. Ya Rahman dan Ya Rahim...Salawat untuk Rasulullah saw.  Ya Allah... ikhlaskanlah hati ku, wujudkanlah kedamaian di hati ku, peliharalah keluargaku, jadikanlah anak-anakku manusia yang lebih baik dari ku... Aku ingin sekali dekat padaMu, bersimpuh di hadapanMu, meratap dosa-dosaku dan mensyukuri nikmat yang Kau berikan dengan memberiku suami yang menjaga dan melindungku... Ya Allah Ya Rabbi... ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, serta dosa kaum keluarga kami... Ya Allah janganlah kau palingkan diriMu dari kami... sesungguhnya petunjuk dan hidayahMu ku mohon untuk menjadikan kami lebih baik  dari hari semalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan