Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 21 Januari 2012

jika aku kaya, lupa daratankah aku?

Kalau ditakdirkan aku kaya, atau menjadi seorang isteri kepada orang kaya, adakah aku melupakan kawan dan saudara serta terus menjauhkan diri dari mereka?  Jika aku telah pun boleh dikategorikan sebagai kaya adakah aku memandang buruk mereka yang belum kaya? Apakah sebenarnya definisi kaya…? Bila dikatakan aku sudah lupa daratan, apakah boleh aku menerima tuduhan sebegitu…?

Aku masih ingat jelas akan kesusahan hidup aku waktu kecil dahulu.  Aku masih terasa enaknya siput sawah yang aku masak gulai lemak.  Aku masih ingat cara memotong hujung siput dan apa yang perlu dibubuh semasa merendam siput selepas dipotong hujungnya.  Aku masih jelas akan rasa balalang kunyit.  Aku masih ingin mencari belalang yang kesejukan berselindung di balik pokok padi yang ditimpa hujan jika ada orang yang mahu meneman melakonkan semula adegan mencari belalang.  Aku masih ingin mencari etak di tali air dan parit.  Aku masih merasa keseronokan mencari ikan haruan dan puyu di petak sawah yang sudah habis dituai.

Aku tidak malu memberitahu satu dunia bahawa makanan yang dianggap jijik oleh orang bandar dan orang kaya itu adalah rezeki ketika aku berada di sekolah rendah dan menengah.  Dan itu yang menjadikan seorang aku seperti hari ini, walau pun aku tidaklah seorang ibu, seorang isteri, seorang ketua dan seorang pekerja  yang sempurna dan cemerlang. 

Majlis perkahwinanku secara sederhana walau aku telah pun menjadi graduan universiti Jepun.  Aku tidak bersanding, tidak menukar pakaian dua tau tiga kali, malah tidak menyewa pakaian pengantin.  Baju yang kupakai Cuma bermodalkan paling banyak RM70.  RM50 untuk kain dan RM20 untuk upah pakaian pengantin ku.  Begitu kesederhanaan aku.  Walaupun kini aku boleh memakai baju bling bling, memakai emas atau berlian tetapi aku tidak peduli semua itu… aku masih seperti dahulu… pakaian ku biasa sahaja… tiada mekap menutupi pucat dan jeragat di wajahku…

Tetapi…. Ahhh… sukar meneruskan ayat ayat seterusnya… kerana orang tidak akan memahami… hanya aku dan suami yang memahami… dan hanya ‘yang di atas’ lebih memahami diri aku sendiri… maka Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu… supaya aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur dan tidak melupakan orang yang memerlukan… amen..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan