Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 28 November 2011

gadis melayu-gosip-akhlak-

Sambil menunggu rendang yang sedang mereneh di dapur kering aku keseorangan.  Hafiz berada di KPM Beranang sedang mengambil ujian untuk ke tingkatan 4 bagi kemasukan sekoalah MARA, Suami dan anak bongsu dalam perjalanan pulang dari Pasir Mas kerana semalam adalah majlis pernikahan adiknya.  Haziq dan Anis ditinggalkan di rumah neneknya supaya dapat bergaul mesra dengan atok dan neneknya serta sepupu sepapat.  Aku merasa senang hati mereka berdua di rumah neneknya kerana ibu dan ayah aku sendiri sudah tiada dalam dunia ini dan aku mengharapkan mereka dapat mengecapi kasih saying dari nenek dan atok serta sanak saudara.  Sudah tentulah aku dan Hafiz tidak dapat pulang kerana peperiksaan MARA tersebut.  Memang ralat sangat, tapi apakan daya…
Semalam keluarga adik aku dari Melaka datang.  Melihat adik bongsu yang ceria melayan anaka2 serta adik seorang lagi yang tinggal bersama adik bongsu itu sedikit sebanyak mengubat hati yang kesepian… aku dan Hafiz memang sunyi gila di rumah… sudah download macam2 filem di internet.. mujurlah Hafiz rajin melayan aku… ambil itu ini,  buat itu ini tanpa sebarang banahan mahupun keluhan…
Oopss, nasib baik aku cepat pi tutupkan api…kalau tak hangus lagi periuk dan lauk aku… huhuhu… senarioa yang sering berlaku semenjak  kali pertama aku menulis novel pertama dulu, @dimensi buni…  sambung lahi….
Semalam Malaysia kalah kepada Bahrain 3-2.  Apa nak jadi ya, setelah mendahului 2-0, dalam 10 minit terakhir kelam kabut pertahanan Malaysia… takkanlah sebab budak 17 tahun terpaksa dikeluarkan kerana cedera, yang matang dan berpengalaman ni kelam kelibut… aduiii, tapi apalah daya … menjadi penonton memang seronok, bila perlawanan menang kita puji mereka, bila kalah kita kutuk mereka.  Zalimnya kita ni sebagai peminat bola sepak tempatan. … samalah macam kita mencela kawan dan saudara kita… bila mereka menolong kita, kita merasa bersyukur sangat akan kebaikan yang mereka lakukan, tapi sedikit kesilapan yang mereka lakukan terhadap kita, kita terus melupakan kebaikan mereka.  Yang buruk itulah yang kita ingat dan yang baik itu kita lupakan atau mahu lupakan…
Kemudian buka berita ternampaklah kisah Khairul Fahmi Che Mat dengan ‘kekasih gelap’nya pula.  Sebelum ini macam2 juga cerita pasal dia dengan bekas tunang dan sorang lagi perempuan.  Sebagai anak jati Kelantan, memang semangat kenegerian aku kuat.  Dan sebagai anak negeri Serambi Mekah, aku rasa KFCM seperti mencalar imej negerinya.  Tidak kisahlah samada cerita dia kasanova itu benar atau tidak… Cuma bila kita berkawan janganlah memilih kawan yang tidak senonoh, natijahnya kalau tidak banyak, sedikit akan mencalar maruah kita juga.  Bergambar dengan gadis montok, seolah-olah buah dada mahu tersembur keluar , apa yang orang akan kata mengenai peribadi anda sendiri?  Tidak kisahlah saudara pemain bola sepak, atau apa jua profesion anda, dan anda berjaya dalam karier anda sekalipun, dunia ini hanyalah pinjaman dan bersifat sementara… kejarlah yang abadi bukan yang sementara dan sia-sia ini.
Semoga kisah2 KFCM tidak benar sama sekali.  Kerana saya sesungguhnya aku mahu bersangka baik.  Kerana saya sendiri bukanlah seorang yang baik juga, saya juga tidak sempurna, banyak melakukan kesilapan.  Dan semoga Allah mengampunkan dosa saya dan semoga anak-anak saya terpeliharan dari kejahatan manusia dan iblis.
Sekarang ini ramai gadis sudah tidak malu membuka aib, mengaku sudah tidur dengan orang itu dan orang ini.  Mendedahkan tubuh, memakai baju yang seakan mahu mengeluarkan buah dada yang montok dan pejal, menunjukkan pusat dan lurahan bontot tidak mengaibkan diri mereka.  Aku hairan macamana budak2 ini boleh terlepas dari ibu bapa mereka.  Moden sangatkah mereka.  Ataupun ibu bapa mereka terlalu naïf, menegur anak juga tidak dihiraukan anak sendiri? Atau ibu bapa sibuk mencari duit mencukupkan segala keperluan keluarga.

Ada satu majalah hiburan di Malaysia berbahasa Melayu yang aku anggap sebagai majalah lucah.  Majalah ini aku merasa lebih merosakkan artis melayu dan memberi saham neraka terus kepada muda mudi Melayu… Kenapa kerajaan tidak mengharamkan terus majalah tersebut?  Ulamak2 UMNO tidak boleh berbuat apa-apakah? Come on lah, kalau tak mahu huhud sekali pun, buatlah sesuatu untuk memelihara maruah gadis Melayu Islam!!  Jangan biarkan mereka jual tubuh badan, jadi penari tiang serta masuk pertandingan ratu itu dan ini seolah2 tanpa sekatan… kalaulah anak2 itu anak kamu macamana?  Anak gadis sunti yang menjual badan hanya dengan RM10 atau top-up!! Betapa seperti kita ini hanya tahu berpolitik tetapi tidak menghiraukan akhlak anak2 gadis.  PAS, tidak mampukah berbuat apa2kah?  Mat Sabu tidak boleh berbuat apa-apakah?  Janganlah mahu berceramah sahaja dan mengutuk orang ini orang itu… baik luangkan sedikit masa memikir nasib anak2 Melayu yang semakin hari semakin layu macam bayam yang aku masak tadi..
Kerana itu aku jarang keluar dari rumah pada hari minggu.  Aku habiskan kerja pada hari terakhir hari kerja supaya aku boleh bersantai dengan anak2 di rumah atau melakukan aktiviti bersama mereka.  Aku malas mahu berjumpa dan menghadiri reunion dengan geng yang belajar di Jepun dahulu… bagi aku hujung minggu adalah hari khusus untuk aku bersama anak2…. Aku sudah mula menasihat anak  supaya tidak keluar pada waktu malam… kalau keluar mesti balik sebelum mahgrib… (ttp mmg anak2 tidak mahu keluar pun tanpa aku dan suami)… aku pesan pada Anis jika mahu keluar dengan kawan2 suatu hari nanti, mesti ada abang2… kadang2 aku memberi pesanan secara tidak langsung seolah2 aku ini akan mati esok lusa… tugas adik beradik lelaki ialah menjaga saudara perempuannya… Anis, seoranglah anak perempuan aku.  Kerisauan pada dia mengalahkan kerisauan pada 3 orang lagi anak… 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan