Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Mami perasan

Di meja makan selepas berbuka, relakskan minda dan borak2 kosong sambil memerhati muka anak2.
Aku: tengok Anis, pa... comel kan...
Suami: ya la...
Aku: ya ke pa?
Suami: ya
Aku: kalu gitu mami dulu mesti comel juga kan...sebab mami ada anak comel...
Suami: iya.... (sambil sengeh)
Aku: wah bestnya... perasannya mami...
Hafiz: mami mmf comel la dulu..
Aku: mana hafiz tahu?
Hafiz: tu dlm gambar tu...
Aku: mana?
Hafiz menunjuk gambar aku ketika sekolah rendah dan di UM yang tergantung di dinding...
Aku: ooo
Suami: sebab comel la papa ni pilihan terakhir kan...
Aku :   (cehhh! dalam hati jer... nak ngungkit lagi...) Pa ni, anak2 pun dah cuak dengar benda sama
Hafiz tersenyum2.... aduiiii...

Sebab aku ni spesis tunang dgn org lain, kawin dgn org lain punya kes...  Alhamdulillah... kerana jodohku bersama suami yg sentiasa cool walaupun ada kala sentap sekali sekala.... huhuhu  :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan