Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 25 Ogos 2011

iro2

Lama tak mengemaskini blog dimensi buni.  Untuk yang mengikuti bolg dimensi buni, sabar je la ya.... ada gak terasa nak bagi manuskrip kepada penerbit lain... tapi entahlah...  dengan kehadiran ramadhan, memang aku sibuk sedikit.  kebanyakan masa aku dan suami membeli di bazar ramadhan saja.  sekali sekala makan di restoran.  Malas memasak satu hal, tetapi tak upaya mengejar masa, menyiang ikan, kopek bawang dan segala mak nenek untuk berbuka.Sedangkan anak lebih suka makan yang dari luar dari ibu memasak sendiri, sebab lebih sedap.  huh!  lagipun kalau beli ikan mentah pun mahal juga, sekilo pun dah dekat sepuluh ringgit.  Berbaloi beli daging dan ayam dari ikan.  tapi hari2 makan ayam, makan dagimg apa hal? dahla kadang2 kerana kesibukan, ikan2 mentah dalam peti ais terbiar tidak dimasak, akhirnya kalau masak pun jadi tak sedap, jadi sebelum aku membazir minyak masak, atau bawang2, elok aku buang sahaja.  habis cerita.  kalau aku puaskan hati aku memasak, akhirnya yang makan aku sendiri...

semalam, ulang tahun perkahwinan kami yang ke 16.  Alhamdulillah.  Aku tak minta apa-apa pun dari suami.  tapi dapat juga tunai RM500.00.  Tapi belum tahu apa nak buat dengan duit tu... nak habiskan buat beli baju atau habiskan untuk beli cincin supaya boleh dikenang2? masa sesak, boleh jual... hmm

Kemudian khairul fahmi pun dah putus tunang dengan cik jejari runcing... hmmm... macam2 hal la.. skandal lak dengan Dahlia la apa la... susah jadi org femes ni, ramai org berkenan.  tapi itu cerita tak tahu betul ke tidak... mereka 3 org je dan yang DI ATAS je yang tahu... jadi kenapa la orang dok mengutuk dalam blog masing2 perihal 3 org tu.... Asal mu pandai jaga gol cukuplah fahmi, skandal2 tu lantaklah... pandai2lah jaga diri sendiri..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan