Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 25 Mac 2011

Zakat

Setiap kali pihak rumah kebajikan dan anak2 yatim menelefon atau mengetuk pintu pejabat, aku melayan dengan perkataan yang seikhlas mungkin. Bila kebetulan masa itu awal bulan memang aku tidak kisah untuk menderma sedikit sebanyak kepada mereka yang berhajat. Tetapi apabila mereka menjengah pada waktu pertengahan atau hujung bulan aku terpaksa memberitahu secara baik, aku tidak mampu menderma lagi. Pada masa itu, aku merasa begitu sedih kerana tidak dapat menolong orang yang memerlukan pertolongan, sedangkan pahala orang yang menolong orang untuk keluar dari kesulitan adalah sama besar dengan pahala berikitikaf di masjid Nabi s.a.w.

Sejak sekian lama, rasanya bermula tahun 2002, aku membenarkan gajiku dipotong untuk diserahkan kepada Zakat Selangor, melalui UPM. Duit zakat staf UPM yang dipotong akan diagihkan kepada mereka yang berhak, kebiasaannya pelajar UPM yang miskin atau pelajar yatim piatu. Aku bersetuju untuk mmebenarkan UPM memotong, melebihi potongan PCB. jadi aku tidak perlu membayar cukai. Hingga kini, jumlah potongan zakat memang berkali ganda melebihi anggaran cukai atau zakat. Itu tidak membebankan aku. Aku rasa kebahagiaan rumah tangga, dengan suami yang penuh rasa sayang, dan anak yang comel, nakal dan berbagai ragam itu adalah Kurniaan Tuhan dan rezekiku selama ini aku percaya dilindungi Allah. Tetapi timbul pula satu konflik dalam diri aku. Kalaulah aku mengurangkan jumlah potongan zakat (tetapi masih 2.5% kadar zakat), bolehlah aku menderma kepada anak2 yatim dengan rasa lega dan puas. tidaklah lagi aku terpaksa meminta maaf pada mereka yang menelefon atau mengunjungi pejabat aku. tentulah hati aku lebih tenang kerana dapat berurusan dengan mereka ini yang bagi aku bukan calang2 orang, kerana menebalkan muka mencari punca pendapatan bagi pusat kebajikan mereka pada bulan puasa atau awal tahun untuk persediaan persekolahan. setelah berbincang dengan suami, maka aku membuat keputusan untuk mengisi borang dan mengurangkan jumlah potongan zakat aku. Aku harap, aku tidak pula bersikap kedekut, sekiranya mereka yang ku nyatakan itu datang meminta bantuan.
Subhanallah, Ya Allah, lindungi aku, suami, anak2ku dan keluargaku dari sifat kedekut, bakhil dan kikir. Janganlah kau jadikan kami manusia yang sombong dan bongkak di bumiMu ini. dan perkuatkanlah kasih sayang antara kami dan sesama Muslim yang lain. Ameen Ya Raabal Aalamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan