Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 26 Mac 2011

kontroversi

Suatu malam sambil bersantai bersama suami...
Suami: Sekarang ni pun masih ada yang minat mamikan...
Aku: ha...
Suami: dia tahu kan? mami dah berubah, bukan slim macam dulu...
Aku:tahu...
Suami: Dia cakap apa?
Aku: Dia kata memamg dia suka orang yang berisi sikit...
Aku dan suami gelak, entah kenapa.
Suami: kembanglah hidung mami?
Aku: tak juga, cuma gelak jer...
Suami: Kenapa..?
Aku: entah, lawak kot...
Suami aku ketawa terkekeh sedang aku tersenyum sambil minda terus berjalan.

Apa salah isteri yang sentiasa mahu kekal langsing tetapi si suami tetap mahu mengorat yang lain? Apa yang dicari seorang lelaki bergelar suami, apabila mempunyai isteri yang kekal langsing tetapi tetap menjeling pada yang lain...? Kenapa suami orang atau isteri orang masih bernostalgia tentang lelaki/perempuan yang pernah menjadi pujaan mereka?
Syukur Alhamdulillah. Aku tidak tergugat dan suami tidak cemburu buta.

ps: Entri ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan aku perasan tetapi sekadar renungan bahawa kadang kala kita tidak mengetahui apa yang difikirkan oleh pasangan kita? kerana itu kadang kala kita dengar cerita orang itu beristeri dua dengan janda anak empat, atau dengan janda gemuk yang lebih hodoh dari bini pertama atau, orang ini bermain cinta dengan isteri orang dan sebagainya. Malah aku pernah berjiran dengan seorang isteri yang aku anggap sebagai idola, tetapi semasa aku berpindah aku mendapat tahu, kakak ini telah meninggalkan rumah bersama anak2, perabut dan kereta kerana ingin menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang pernah menjadi kekasihnya di sekolah menengah. Sedangkan suami seorang yang begitu baik (pada pandangan aku) dan berpangkat. dan semasa mereka menjadi suami isteri panggilah "ling dan ayang" sentiasa bermain di bibir mereka. Ajaibkan? penangan cinta terlarang. JANGAN MASUK NERAKA KERANA DERHAKA PADA SUAMI!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan