Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 17 Mac 2011

macam2..

Tahun ini usia menginjak ke 41 tahun. Tiada yg menarik kecuali ketibaan penyakit. darah tinggi muncul ketika kepala berserabut dengan musibah yang melanda abang. Gastrik tahap terlampau menyebabkan aku sakit belakang dan bahagian perut. Kolestrol pula meningkat. Selalu diserang demam, batuk dan selsema. Jadinya semenjak minggu lepas, aku terpaksa telan ubat kolestrol setiap malam, telan ubat gastrik setiap pagi dan cuba amalkan makan vitamin C. Usia sebegini mengingatkan aku akan arwah bonda dan ayahanda. Bonda meninggal kerana diabetes yang dialami bertahun2 menyebabkan buah pinggangnya rosak. Aku masih ingat betapa manisnya wajah bonda saat dikapankan. Ayahanda meninggal dua tahun sebelum itu (2002), kerana serangan strok akibat darah tinggi.
baik bonda mahupun ayahanda tahu saat kematian mereka. Ayahanda sebelum meninggal memohon maaf kepada semua orang yang dijumpainya. Kenangan terakhir ayahanda ialah telur itik masin yang dibeli. katanya kepada ibu, senang bila anak2 yang duduk jauh (aku dan Su) balik, sedangkan masa itu bukanlah musim cuti atau perayaan. Arwah ayahanda diserang strok pada sebelah tengahari dan meninggal pada malam hari.
Bonda selama sebulan juga kesakitan kerana luka2 di kaki. Alhamdulillah, aku berada di kampung masa itu kerana cuti seminggu. aku dapat alami kepelikan bonda. Mimpikan abangku yang meninggal ketika usia 2 tahun (Aziz) datang bermain dengannya. Dia mengatakan ibu dan ayahnya datang menjenguk di rumah. Dia memanggil "mak... mak..." Malam kematiannya, aku bermimpi arwah ayah datang merenung aku di muka pintu. Bila aku sedar, aku bergegas ke bilik bonda, dan bonda sedang merintih sakit. Kami tidak tidur selepas itu. Pagi sebelum subuh, bonda berpesan macam2. hari sebelum itu, dia sudah berpesan kepada aku supaya menjaga abang aku.Dia pesan supaya aku berikan duit buat adik lelakinya (kini arwah) dan adik iparnya jika mereka mahu pergi ke Mekah. pagi itu bonda meninggal dalam pangkuan abang aku, saat aku dan Angah membaca surah Yasin. Dia pergi pada pagi Khamis, 15 Ramadhan yang mulia.
Hajat bonda supaya aku sedekahkan duit pada bapa saudaraku tidak dapat kutunaikan. Dia meninggal secara tiba2 akibat jatuh ketika mahu membina bilik untuk anak perempuannya yang akan berkahwin. Tetapi pada tahun lepas, bahagian bapa saudara ku titipkan kepada isterinya yang memngerjakan Haji, pesanan ibu supaya menjaga abang, telah ku laksanakan sebaik yang aku mampu.
Pada minggu lepas juga, genap sebulan abang aku berada di pusat rawatan, dan hari itu jugalah dia dan 11 yang lain lari meninggalkan pusat rawatan tersebut. Tentu sahaja mencemaskan aku. Makankah dia sewaktu pelarian? selamatkah dia? marahkah dia? Dia balik ke rumah atau pergi mengembara sebatang kara, merayau sehelai sepinggang? alhamdulillah petang itu abang aku menelefon. Dia terjumpa seorang kenalan. dan dia menggunakan telefon kenalan itu menghubungi aku. ya, aku berjanji padanya takkan serahkan dia kembali kepada pusat tersebut.. abang aku kini balik ke rumah, tetapi pada malmnya dia akan ke pondok agama, tidur di sana. semenjak sebelum berkahwin dia memang sentiasa ke sana. dia menjadi murid kesayangan tok guru pondok. Abangku ini orangnya lurus dan suka membantu. dulu dia membawa seorang penagih dadah ke pondok (bkn yg sekarang) tetapi tok guru itu kata "jgn bawa sampah". Abang aku berkecil hati, kerana dia juga pernah menjadi 'sampah'. Abang ku kata bukan nak tolong orang yang nak bertaubat tetapi nak menjahanamkan lagi. Akhirnya, "sampah itu kekal sampah". Abang aku pergi ke pondok sekarang, membawa sepupu yang turut terlibat dalam masalah ini. sekarang ini, sepupu itu juga sudah pulang ke pangkal jalan, dan tidur di pondok. Sehodoh2 perangai abang aku, dia tetap mahu membantu orang walau dia sendiri tidak karuan.... Abangku tetap yang terbaik walau dia pernah menjadi "sampah" . Semoga dia tidak kembali menjadi "sampah" semula.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan