Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 9 Mac 2011

selamba badak stail aku

kes 1
selepas SPM, (1988) aku mohon 8 tempat... Ambang Asuhan Jepun UM, XX, UIA, xx,xx,xx, veterinar UPM dan xx. yg lain tak ingat dah mana... tp masuk semua U kot. Yg mula-mula panggil aku interview, UIA, dia tanya aku minat ke tak masuk UIA. Aku kata aku minat. dia tanya balik, kenapa aku buat pilihan ke-3, kalau aku betul nak masuk UIA? aku cakap sebab aku tak yakin dengan BI aku. tp dia kata BI aku ok jer... interview dlm BI masa ni. So aku buatlah muka2 terkejut bila interviewer kata macam tu. kemudian dia kasi aku name card dia, kalau aku dpt U lain tp still nak ke UIA, then contact dia... kemudian aku interview AAJ. dia tanya aku kenapa aku nak ke Jepun, aku cakap sebab aku nak kuasai budaya dan bahasa dia. lagipun sepupu sepapat aku ramai ke UK, US, so aku nak kelainan, nak ke Jepun pula. last sekali interview untuk Vet. interviewer tanya kenapa buat UPM ranking ke-7, aku lupa aku jawab apa... tapi aku senyum jer... dia tanya balik kenapa nak jadi Dr Veterinar, aku cakap aku tak boleh jadi Dr manusia sebab Bio aku teruk... interviewer dok gelak... aku sambung balik... "tak dapat jadi Dr manusia, jadi Dr binatang pun jadilah..." muka selamba gila masa ni dengan sengih2... masa tu aku tak confident dah UPM nak ambil aku...
kemudian dapat tawaran AAJ, aku rasa nak jadi lawyer pulak, nak masuk UIA. jenuh la aku mendail no interviewer dulu, tp asyik org lain je jawab... so aku masuk AAJ dan seterusnya ke Jepun dan kini bukan Dr manusia atau Dr binatang tapi Dr Bahasa.

Kes 2
selepas balik dr Jepun (1994), kawan aku Nana (kini TNC di UMS) hantarlah beruang besar yang aku beli masa aku melancong ke Korea. Aku sayang nak buang, nak bawa balik sendiri pulak, sangatlah besar tak ada space. Nana pulak nak sewa kontena bawa balik kereta dia, so aku tumpangkan beruang aku dalam kontena tu. Rupanya Nana pos jer dari Hiroshima. Then sampai surat minta aku ke Pejabat Pos KB. aku ingat apa ke benda la yg dapat surat minta ke Pejabat Pos Besar. so aku dengan arwah abah aku pergi la Pejabat Pos naik motor. sampai sana terkejut beruk aku bila tgk beruang putih aku sebesar Anis kot. bungkusan dah koyak rabak. abang pos kata nak kena cukai ni, aku tanya berapa? dia kata beratus kot. sebab mahal ni... aku cakap, dah buruk bang saya beli ni kat Korea, takkan beratus kot? dia tanya aku berapa harga? aku jawab 10 000 won. dia kata mahal tu! aku cakap mana mahal bang, 10 000 won tu sama dengan RM30... pas tu dia dia puas hati... dia tanya aku balik "adik beli beruang besar ni wat apa?" aku cakap "dah tak ada suami bang, kalau ada suami, tentu saya peluk suami, ada beruang, saya peluk beruang jer lah.." kakak dua orang kat pejabat pos tu terkekeh-kekeh ketawa, aku dengan abang tu pun ketawa samalah. yang malunya, terpaksalah aku peluk beruang tu bonceng motor arwah bapa aku sepanjang perjalanan balik rumah... jauh tu!

Kes 3
aku tak pandai mekap... tak pernah mekap pun... setahun sekali ada la aku pakai gincu dan bedak. time aku nikah, aku tak prepare apa pun... mak andam ke apa ke benda ke semua tak ada. so aku pakai je bedak, calit gincu, kemudian tunggulah suami aku sekarang jawab akad. pas tu sanding atas katil yang cadarnya kakak aku dah guna sepuluh tahun lepas. time bertandang rumah mertua pun sama suami aku tunggu jer depan rumah dia dengan baju melayu buruk kat depan tangga. sebab tu la sampai sekarang, aku hangin satu badan bila pergi majlis kawin tengok banyaknya duit habis untuk memuaskan nafsu pengantin dan mak bapa dia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan