Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 3 Disember 2010

Pertanyaan suami

Kadang-kadang suami bertanya, "kalau mami tak kahwin dengan papa, mami kawin dengan siapa agaknya?" Pertanyaan itu tidak bisa ku balas... tetapi kerana tidak mahu lagi ditanyakan soalan yang sama, maka semalam selepas dia bertanya entah ke berapa kian kalinya, maka aku menjawab,

Aku: dengan Dr XXXXX kot..
Suami: Kalau mami kawin dengan dia, mesti mami dah kaya kan?
Aku: kalau mami kawin dengan dia, kaya kot... mami kaya tetapi stress (aku gelak)
mami kawin dengan papa, mami miskin tapi hidup mami damai.... :)

aku berharap suami tidak akan lagi bertanya soalan yang sama.. aku rimas sebenarnya. sebenarnya aku bahagia bersama suamiku yang mungkin 'miskin' harta tetapi kaya 'budi' dan luhur.

er, Omar makin menjadi-jadi mulutnya..
"Mami gemuk!"
"perut mami buncit!" lalu dia mengembungkan perutnya... comel pulak aku tengok, tak boleh nak marah melihat muka yang serius dan jujur itu...lantaklah Omar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan