Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 13 Disember 2010

omar kena marah

semalam aku melihat ada kesan warna coklat di lantai. sudah hampir kering. aku ambil tisu dan bau. Tahi! aku suruh Hafiz check bontot Omar. Tak basuh, kata Hafiz.
Aku panggil Omar. Omar datang.
"Omar berak?"
senyap.
"kenapa berak tak basuh?"
senyap.
"berapa kali mami cakap, kalau berak, basuh bontot! BASUH lama2! cuci tangan dan kaki!"
Aku menampar punggungnya yang tidak berseluar.
"hulur tangan!"
Tangannya kena tampar.
Lalu aku minta Hafiz mandikan Omar. Omar masuk tiada tanda2 mahu menangis. Hafiz mandikan Omar, sedang aku mop lantai. setiap kali aku melintasi bilik air, aku nminta dia hulur tangan dan menampar tapak tangannya. Melihat dia senyap, aku marah lagi. sengaja marah untuk mendidik dia dan supaya dia tahu kesalahannya.
"omar dah besarkan? Kenapa buat perangai macam ni? bla bla bla..."
Akhirnya Omar menangis. Hafiz, Anis dan Haziq merasa kasihan pada Omar, aku tidak hiraukan.
"malam ni tidur dengan kakak, dengan abang, jangan tidur dengan mami lagi..." kata suamiku.
setelah berehat sekejap aku ajak Anis belajar Iqra'. Anis mengaji dengan jarinya mengira harakat, mulut yang terjuih-juih dan nafas semput. aku mahu gelak tapi bertahan. Anis, kalau berlakun memang bersungguh-sungguh. Kemudian aku dengan nada yang sengaja tinggi, mengarah omar datang.
"mari sini mengaji dengan mami...!" mukanya serius dan pandangan mata yang bersalah dan takut.
aKU TUNJUKKAN SATU PERSATU HURUF alis sehingga sa. Dia membaca, bila dia lupa, dia memandang aku dengan bersalah. Kemudian aku suruh Anis mengajar huruf jin dan ha pula.
kemudian, dia berkata...
"mami, nak tidur dengan mami.." perlahan.
"tak boleh! papa tak kasi!"
"Mami tidur bilik kakak lah..." dia memujuk.
"semua tidur kat luar, anis, omar, abang haziq?"
"mami?"
"mami pun..."
dia sudah tersenyum simpul.
"lain kali, berak kat mana Omar"? tanya ku.
"kat toilet"
"basuh berak tak?"
"basuh.."
"lama-lama ke sekejap?"
"lama-lama..."
"kalau Omar tak basuh berak, mami buat apa?"
"mami tak buat apa-apa..." dia kembali tersenyum memandang muka aku... aduhai, mami tak boleh nak marah lama-lama...
"kalau Omar berak merata lagi, mami guna hanger... faham?"
senyap dan kembali menunjukkan muka yang comel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan