Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 23 November 2010

keputusan peperiksaan

tanpa diduga Anis mendapat 2A, 1B, dan 1C. Haziq pula 2A dan 2B. Hafiz 3A dan beberapa B. Haziq kekal di kelas yang terbaik tahun depan. Anis, belum dapat dipastikan ke kelas mana, tapi katanya masih di kelas sama, tidak turun. Hafiz, gagal mendapat 6A seperti yang diidamkan tetapi peningkatan subjek C kepada B sudah cukup memberangsangkan. Lagipun, aku tidaklah terlalu mendesak dia.
ramai ibu bapa mahu menghantar anak-anak ke sekolah asrama penuh. Aku pula tidak sanggup berjauhan dengan anak-anak. Bagiku biarlah sekolah asrama penuh itu diisi dan oleh anak-anak kampung dan anak-anak orang susah. Kalau anak pensyarah, anak ADUN atau pegawai lain, tidak usahlah berebut dengan anak2 orang luar bandar utuk mendapatkan sekolah 'terbaik'. janganlah ambil hak orang yang benar-benar memerlukan. Ini kerana:
1 sekolah biasa juga tidak kurang guru yang berdedikasi. ramai yang cemerlang di Universiti datang dari sekolah biasa sahaja.Aku dan suami dari sekolah kampung sahaja
2 ramai murid sekolah berasrama tidak pandai menyesuaikan diri di Universiti yang mencabar. Malah ada yang keputusan menurun apabila memasuki SPM atau melanjutkan ke pelajaran ke kolej matrikulasi.
3 janganlah terlalu terburu-buru 'menghalau' anak keluar dari rumah. Tugas ibu bapa mengajar dan mendidik anak. Biarlah kita penat memasak, mengemas dan meluangkan masa untuk mereka.
4 pembesaran anak begitu cepat. Selepas memasuki asrama dari tingkatan 1 sehingga 5, mereka terus memasuki kolej dan univerisiti, mereka bercinta dan berkahwin. kemudian mendapat anak. Sebagai orang tua, tidak ralatkah apabila setiap proses pembesaran mereka kita cuma perhatikan dari jauh? Kuatkah ikatan kekeluargaan itu nanti? Bila kita sakit, terburu-burukah anak balik menjenguk kita? atau inginkah kita menjadi seorang ibu/bapa yang begitu terbuka yang "memahami" setiap kesibukan anak nanti?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan