Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 2 November 2010

kaki ponteng

Semalam Anis demam, maka dia dibenarkan untuk ponteng. Haziq mahu menjaga adik yang ponteng, maka dia juga dibenarkan ponteng. Omar pulak kata "sakit kepala, cikgu kata tak yah gi sekolah", maka dia pun dibenarkan ponteng TASKA UPM. Tiga orang adik beradik duduk rumah opah sebab seorang demam. Hari ni pula, Haziq sakit tekak, jadi dia dibenerkan ponteng, Anis pula, tak nak bangun, so tak perlu ke sekolah. Omar nak tengok kartun, tetapi alasan nak tgk kartun tak diterima. Maka berjuraian lah air mata menaiki kereta ke sekolah. Mami pujuk nak beli kinder joy, omar kata tak nak. mami kata mami belikan bueno, omar tak nak. Pertengahan jalan, omar nak kinder joy. mami berenti di stesen minyak dan kemudian masuk kedai shell.. cari kinder joy, tak ada. mami kata, bueno nak tak? omar kata tak na. Mami amek Fererro Roche, omar angguk senyum sampai telinga. Air, mami? Mami terkedu sikit. Omar pilih air kotak strawberi milk. Mami pula ambel 3 biji clock 9, tuk mami sebenarnya tapi omar rampas, jadi milik dia. dalam kereta omar makan ferrero roche. kemudian Omar kata "roti canai". Mami pun dengan senang hati singgah di gerai tasik serdang, mami makan nasi lemak paru dan omar roti canai. air dikongsi dua beranak: milo suam. Moral of story: boleh bangkrap kalau mami hari2 nak turut kemahuan Omar. Ada 2 tahun lagi sebelum masuk darjah 1. oh ya, petang ni Omar nak makan nasi ayam di TESCO. hmmm, mmg kena singgah sebab lepas balik sekolah dia selalu kebulur... sebab dia makan sikit je di sekolah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan