Setelah Anis masuk ke dalam kereta setelah habis mengaji di rumah Ustazah.
Aku: Periksa tadi boleh buat?
Anis: InsyaAllah.
Aku: senang ke tak? Boleh buat ke tidak?
Anis: InsyaAllah... malam ni Anis doa.
Suami: Bukan orang kena doa dulu, belajar dulu ke baru cakap InsyaAllah...
Anis: InsyaAllah. kan Anis minum air yasin yang abang hafiz buat..
Aku dan suami tersenyum simpul dan tidak tahu mahu berkata apa lagi. patutlah dua malam sebelumnya, bekas air Anis dan Haziq berderet dalam bilik Hafiz. rupanya untuk dibuat air yasin.
Malas rasanya mahu marah2 anak supaya belajar. dapat penat dan mungkin dapat dosa sahaja. Lagipun, aku ingin melihat sahaja rentak mereka dua beradik. UPSR bukanlah penentu kejayaan anak di masa depan. perjalanan masih panjang. Aku akan hanya memerhati sehingga mereka memasuki sekolah rendah. Mujur juga otak cerdik. walau tidak belajar dapat juga masuk kelas terbaik... tp tahun depan, macamanalah agaknya... elok juga turun kelas, supaya dia mendapat pengajaran sewajarnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan