Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 21 September 2010

Bilik Anis

Sejak tahun lepas aku berusaha untuk memaksa Anis tidur di bilik sendiri. berbagai cara telah aku usahakan. Bermacam janji dia taburkan dan segalanya aku ikut. Dia mahu katil baru, aku bagi. mahu cat bilik warna pink, aku catkan. Mahu anak patung, juga aku beri. Tapi cuma bertahan beberapa hari. Kemudian dia akan menjerit tengah malam buta mencari aku, meminta aku temankan, atau menyelinap masuk ke katil aku, yang diisi juga oleh Omar dan papanya. Papanya kadang-kadang berputus asa, tidur merata ceruk rumah, ruang tamu atas sofa, atau bentang toto tidur di ruang lepak tempat menonton tv. Aku memang kasihan tetapi tak mampu nak buat apa sebab Omar juga mahu aku menemannya tidur dan tempatnya mestilah atas katil aku, tidak boleh di bilik lain, atau tempat lain!
Kemuncak ikhtiar aku memasang penghawa dingin di bilik Hafiz dan Anis. Haziq dan Anis yang tidur di atas katil di ruang menonton TV sejak beberapa bulan dahulu aku paksa tidur di bilik. walau Anis tidur berdekatan Haziq dia tetap mahu aku temankan! Semalam, Haziq ku paksa tidur di bilik Hafiz, Anis tidur di biliknya sendiri, tetapi akulah yang temankan sehingga dia terlelap. tapi dia tetap juga terjaga tengah malam melaung nama aku. Ishh! terkocoh2 aku masuk bilik dia tidur di sebelah katil bujang yang kecil. Kemudian aku terjaga dan masuk semula ke kamar aku. Pukul 4;30 pagi ketika aku memasak tuk makanan bersahur aku dan Hafiz, dia juga terbangun dan kemudian masuk ke bilik aku.
Jadinya, apa lagi perlu ku buat? aku dah habis berikhtiar. sampai bila aku akan terjaga malam2 buta ke hulu dan ke hilir meneman Anis dan Omar?
Sekarang ini aku menharapkan ayah mertuaku datang untuk membuat bilik bagi aku dan suami. bilik kami sekarang, akan aku berikan pada haziq dan Omar, biar mereka tidur berdua, di bilik yang agak besar itu. mertua aku tukang rumah di Pasir Mas. selama ini pun sudah banyak jasanya untuk kami, di rumah itu. dia membuat wet kitchen kami, membuat tambahan ruang menonton TV, membuat top dapur dry/wet kitchen dan sebagainya. rancangannya bulan oktober ini, dia akan datang membuat bilik kami di tempat yang sekarang adalah car porch di bahagian hadapan rumah. bilik itu nanti akan bersambung dengan taman dan gazebo yang ku usahakan sendiri. Khayalannya, malam2, aku boleh berdating di taman atau di gazebo, atau aku boleh menulis novel di bawah kerdipan bintang... hahaha... bunian mungkin datang memberi input kepada aku... hah! kepala otak aku! Khayal yang bukan2!
er tapi jangan silap kami tidaklah memerah tenaga ayah suami sesuka hati, kami bayar mengikut rate biasa dan ada ketika kami tambah lagi upahnya. walau mahal tapi duit itu masuk ke poket ayah sendiri dan walau kami membayar lebih jika dibandingkan dengan kami memberi kontrak kepada kontraktor, masih jauh menjimatkan.
Harap ayah jadi datang, tak sabar ingin punya bilik yg bersambung dengan taman dan gazebo... Kata suami dia nak buat air terjun juga di situ... katanya best sikit nak dating dengan aku... hehehe... tak adanya dating, kalau Anis dan Omar manja2 macam ni.... cepatlah besar anak-anakku... kesian mami dan papa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan