Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 16 Ogos 2010

merapu2

Walaupun masih berbaki cuti sabatikal selama 2 bulan lagi, dalam masa satu minggu 3/4 kali juga aku datang ke pejabat, menulis kertas kerja untuk pembentangan dan melakukan penyelidikan. Penyelidikan kali ini berdasarkan anime dan manga jadi bila aku sudah bosan membaca bahan ilmiah, mencari data dan mengamati budget, aku akan menonton anime dan membaca manga. AKu juga membaca komik Melayu sebagai tambahan. walaupun pada mulanya terasa malas dan tidak menikmati anime, tetapi apabila habis CD ke3, aku mula seronok dgn aktiviti ini. bila terasa sudah genkai (capai tahap maksima) melakukan kerja penyelidikan, makan aku menonton anime. dan yang paling bagus pembacaan itu bukan sekadar mahu meringankan kepala otakku tetapi sebagai sebahagian daripada kerja2 penyelidikan. Jika aku tidak menontonnya, bagaimana aku mahu menyelidiknya.

tetapi entah kenapa aku tidak rajin dan tidak mahu rajin berurusan dengan protokol. nak kena pergi ke kementerian bagi meminta kebenaran mengedarkan kertas kaji selidik. kalau cuma itu sahaja, ok lagi, tp selepas ke kementerian kena pergi peringkat daerah pula. Aku bercadang mahu menanngguhkannya sehingga habis bulan Ramadhan. entahlah... mungkin juga aku akan menyelesaikan dalam bulan ini. kerana aku memang tidak suka melengahkan masa... TAPI protol begini membuat aku malas dan sengal...

semalam keluar berita ttg seorang isteri mati dibunuh suami yang sakit mental di waktu sahur di depan kedua orang anak mereka. Bab orang sakit mental ini memang aku fobia. masa aku kecil aku rasa ramai sgt org gila di kg aku atau kg berdekatan. ada gak org gila yang syok kat kakak aku, sampaikan kalau dia lalu dengan basikal, kami terus mengunci pintu. di dusun aku juga, ada beberapa org gila, yg dah sampai tahap nek membunuh orang. sebelah rumah aku juga ada budak perempuan gila, jalan dua langkah ada lagi bekas 'best friend' kakak aku pun dah gila juga. kalau gila betul sebab sakit otak aku tak boleh berkata apa tetapi kalau waras tetapi berperangai macam org gila lagi haru dibuatnya. berbalik cerita pasal isteri itu, aku simpati. kalau tak silap, dia telah diikat terlebih dahulu sebelum mati dibunuh dengan parang. semoga rohnya tenang dan dosa2nya diampukan Tuhan. tetapi aku sedikit kesal, sebelum berlaku kejadian itu, dia mencari jiran untuk meminta tolong, tetapi jirannya tidur, yang diberitahu oleh suami jiran itu. suara jeritan mereka didengari jiran2, tetapi tiada siapa membantu. kalau aku juga, aku takut untuk keluar rumah... tetapi, tidak mampukah untuk menelefon polis? kenapa perlu mengunci pintu dan berbuat pekak? sedang semua jiran tahu yang suami itu pesakit mental... Namun walau apapun, mungkin sudah ditakdirkan kejadian itu berlaku.

aku teringat dua tahun lepas, orang gaji jiran aku menggoncang pintu depan rumah aku ketika perompak memasuki rumah majikannya. tapi kami yang tidur di belakang rumah (bilik tidur utama di belakang) tidak mendengar apa2. Nasib baik juga orang gaji itu berlari ke pondok pengawal dan tidak berlaku apa2. sebelum itu jiran itu diletakkan pisau ke lehernya. saat perompak leka, dia berlari dan membuka pintu keluar...walau dia tidak bersalah dia disyakki terbabit sama. tetapi tiada bukti... dan aku percaya dia tidak bersalah. selepas itu tiap kali majikan tiada di rumah kerana out station dia akan menumpang rumah aku pada waktu malam. seketika kemudian dia pulang ke Indonesia kerana fobia yang teramat sanat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan