Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 13 Oktober 2010

Demi memujuk Omar ke taska, setiap hari, walau waktu sepatutnya aku dah mula punch in, tetapi terpaksa melencong untuk bersarapan pagi. Kesukaan Omar, roti canai. Sudah hampir 3 bulan, dan minggu lepas seminggu penuh Omar berada di taska. Selain bersarapan bersama, dia juga mahu singgah di TESCO beli keretapi, ben10, ultraman, nnn dash dan entah apa2 lagi. sehingga Hafiz dan Haziq berkata, "omarlah yang paling banyak mainan" ya, besar yang kecil yang murah yang mahal semua ada, dan semua tu akan hancur dalam masa 3 hari. Dua hari lepas dia berkata,
"Mami, lama tak dapat nnnn dash..."
"kalau omar rajin g sekolah nanti mami belikan ya?"
"eh! omar dah rajinlah pergi sekolah!"
"Best g sekolah?"
"Tak best! rumah opah lagi best!"
"Kenapa omar tak kawan dengan kawan2 kat sekolah?"
"Biarlah... kawan tak best!"
hmmmm, mulutnya dah mengalahkan abang2 dan kakaknya bila menjawab.Setiap pagi sebaik tiba di hadapan cikgu, dia akan berpesan kepada aku dengan memek mulut dan mata berlinang,
"omar tak nak solat banyak2, mami cakap kat cikgu tau, omar tak makan cayur, tak nak oa, pas omar mandi, mami ambek omar tau..."
atau,
"mami parking keta tau, tahan (tunggu) omar tau..omar tak nak sholat.. tak nak cayur... bla bla bla.. mami cakap kat cikgu tahu.."
tetapi selalu dia menyebut bila dipuji "elleh, memamla. omarkan hebat" atau "omar kan bijak"
entahlah Omar, petang ni aku akan berusaha untuk buat dia lupa mahu beli permainan lagi.. mami dah kering ni, tengah2 bulan ni... adui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan