Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 2 Ogos 2010

merapu1

dua manuskrip sambungan novel @ dimensi buni aku ghaib gara2 hard disc... hard disc aku mungkin terhantuk atau terjatuh dari atas meja... boleh jahanan ke hard disc kalau kena macam tu? nampaknya mmg boleh jahanam terus. Kerana sebelum ni, hard diss suami aku pun kena juga. menyesal sangat2 sebab guna hard disc, selama ni guna pen drive ok jer, masuk dalam mesin basuh pun still function macam biasa... Asal jadi kejahanaman ini sebab desk top di bilik pejabat aku tukar komputer baru, semua file aku dah transfer ke hard disc.. mmg rasa nak menangis especially bila pembaca setia (masih ada pembaca setia, walau novelis tak glamor) minta sambungan... dia org kata tulislah balik... huhuhu... keluar air mata darah pun aku tak dapat tulis semula.. ayat2 G, skrip tak senonoh G13, tak boleh nak ingat balik dah... last sekali, minta kawan suami 'tarik' balik guna software... harap2 menjadi, bolehlah pembaca setia (yg tak seberapa ramai tu) membaca sirinya sebab dah ada penerbit lain berminat nak terbitkan. :)

Pembedahan mata suami last year dah berakhir tetapi cerita duka matanya belum berakhir lagi. dok asyik sgt ulang alik, Johor dan Cameron Highland, mata masih senak dan kabur. ditambah pula dengan batu karang yang menjelma dua minggu lepas... terima dan redhalah dengan ujian Allah sebegini, semoga dapat meringankan dosa-dosa lalu...

Haziq dan Anis, hari sabtu lepas ada tornament tae kwan do. sekali sekala aku pergi menyaksikan latihan taekwando dia orang kat sekolah. Haziq memang ada classlah, Anis seperti biasa, anak perempuan manja, memang pergi berlatih pun untuk main-main sahaja. Tapi Omar pula lebih-lebih belajar taekwando dari abangnya. Ada gaya! omar memang mengikut Haziq... tapi anak aku 3 org, semua manja2! rimas dibuatnya... memang salah aku manjakan dia orang! Kini kemanjaan dia org merimaskan aku... sekali sekala tension sangat2 tetapi banyaknya aku tersenyum melihat kenakalan dan kemanjaan dia org. semalam anis dan haziq kena pukul dengan penyangkut baju, habis ubat gigi dan sabun dipicit2... lepas kena pukul, terima hukuma buat kerja amal dengan menyusun buku2 dan vacuum bilik dia orang. Lepas hukuman selesai, masih juga nak bermanja dengan aku... Ya lah bagus juga, sekurang-kurangnya walau dimarah dan dipukul dia orang masih sayangkan ibunya..

La ni sedang menulis novel remaja. ada penerbit minta. jadi dalam kesibukan membuat research dan menulis kertas kerja, di rumah aku cuba mencuri masa menulis novel... doakan aku berjaya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan