Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 28 Jun 2010

sambal ikan sardin

sambal ikan sardin masakan ku memang menjadi kegemaran suami dan anak2. Sejak kecil kerap juga aku disajikan dengan ikan sardin masakan ibu. Juga masakan kegemaranku. Petua untuk memasak ikan sardin supaya sedap dan tiada bau hanyir ikan mudah sahaja. Iaitu dengan menggoreng ikan terlebih dahulu sehingga garing, kemudian masukkan ke dalam sambal tumis yang terdiri daripada bawang merah, bawang putih, halia, air asam jawa, cili dan hirisan bawang besar.

Tadi balik kerja suami masak daging bakar dan aku buat sambal ikan sardin. Suami aku memang pandai memasak. daging bakar perasa lada hitam suami kegemaran kami sekeluarga. berbalik pada ikan sardin, dulu aku guna ikan sardin cap ayam, la ni sudah lama juga bertukar kepada jenama PERTIMA, keluaran bumiputera. Sedap juga rasanya.

Tadi semasa makan, suami pun puji juga masakan aku sedap. Dia kata "ikan sardin mami buat memang speciallah, tak ada org boleh lawan" Haziq cakap "memang sedap gila" Hafiz cakap "mmmmm mmmmmm' dan dibantainya dengan roti pula selepas makan dengan nasi dan aku pula ketika itu memang pelik juga sebab terasa lebih sedap dari biasa, mungkin sebab aku guna serbuk cili bukan cili padi atau cili kering. Lalu berkata "kenapa sedap sangat mami masak ni?" hehehehe... kelakar siot. perasan bagus semacam...
sore ja tsugi no kikai ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan