Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 25 Jun 2010

kepelikan

Hafiz sebagai bendahari kelab pengakap pergi juga ke perkhemahan pengakap anjuran sekolah walau sebelum itu beria-ia mengikut rancangan asal untuk ke Bukit Mertajam bagi melawat cawangan galleri spa. Oleh itu kami terpaksa tunda sehinggalah aku pulang dari pembentangan di Sabah. Ku tinggalkan anak dan suami dan berangkat seorang diri. Teruja kerana dapat berjumpa kawan lama, dapat menikmati pemandangan indah Kundasang serta berinteraksi dengan kawan-kawan pensyarah ketika pembentangan seminar.
Balik ke rumah menungguku adalah cerita-cerita pelik Hafiz. Dia berkata pada waktu malam, aktiviti berjalan kaki merentasi hutan dilakukan. Katanya, kawan-kawan perempuan menangis berlari meninggalkan Hafiz kerana mereke melihat lembaga perempuan berkain putih dan berambut panjang berjalan di sebelah Hafiz. Yang perempuan menangis, yang lelaki pula berlari ke arah cikgu memberitahu akan kewujudan lembaga di sebelah hafiz sedangkan Hafiz pula tidak melihat apa-apa. Oleh kerana dia tidak Nampak, maka tiadalah dia rasa takut. Aku terfikir pula, sekiranya dia Nampak adakah dia akan merasa takut? Atau sekadar berbuat selamba? Entahlah.
Berjalan di rimba bukanlah pelik bagi Hafiz, Haziq dan Anis. Mereka sudah 3 kali bermalam di Bukit Cherakah. Berjalan di malam hari yang gelap gelita di dalam hutan bukit, sama ada untuk ke tandas di balakang A Frame atau untuk beriadah sesama kawan-kawan. Aku juga pernah merasa mahu pitam mahu ke tandas pada pukul 12 tgh malam di Bukit Cherakah. Jaraknya tidak jauh dari A Frame kami, tetapi sedikit ketakutan juga jika sebarang lembaga muncul. Namun terpaksa ku gagahi juga kerana badan telah melekit2 dan kepanasan kerana tidak sempat mandi pada waktu petang.
Hafiz juga pernah berada di dapur sebuah rumah di Bukit Cherakah. Ketika itu Cuma dia yang lelaki dan lainnya anak2 gadis yang ketakutan dan saling berpeluk. Hafiz yang agak jauh dari anak2 gadis itu tidak melihat apa2, dan dia terpaksa mendongak ke atas dan melihat langit, walaupun sebenarnya sepatutnya langit tidak kelihatan tetapi bahagian bumbung rumah. Ah! Itulah keanehan di tempat seperti itu. Keanehan itulah yang ditunggu2 oleh kami. Haziq pula ditugaskan berada di tangga rumah bersama kanak2 perempuan dan lelaki. Ketika seorang dewasa menghampiri untuk memeriksa keadaanya samada takut atau tidak, didapati Haziq duduk tegak dengan mata terbuka memerhati sekeliling hutan. Anis pula merayau bersama seorang kenalan yang agak tua di tengah malam buta memeriksa anak2 BiGDee samada tewas dengan perasaan takut atau tidak.
Semalam lebih kurang pada pukul 10:30 malam Hafiz kedengaran suara papanya berada di dalam bilik sedangkan ketika itu aku, papanya dan adik2nya berada di luar rumah. Tengah malam pula, aku kedengaran suara Anis menangis minta ditemankan di biliknya. Aku memasang telinga dengan teliti dan memang dengar rayuan Anis meminta aku ke biliknya. Bila aku pergi kebilik nya, Anis nyenyak tidur, tiada tanda2 mengigau atau terbangun memanggil aku.

Aku tidak pasti samada di dalam rumahku, tinggal bersamaku di dalam rumah yang sama tetapi dimensi yang berlainan itu jin atau bunian. Bagiku cukuplah jika rumahku sentiasa didengarkan ayat2 suci AlQuran. Kerana AlQuran lah yang bakal memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat. Sekarang aku cuba menjadi seperti Hafiz, berazam untuk tidak berhenti membaca AlQuran pada setiap malam… semoga perbuatan ku yang satu ini berterusan sehingga akhir hayatku, kerana sememangnya kini aku mula merasa rindu akan AlQuran, dan bila membacanya pula, terasa ketenangan dan keindahan dan tidak puas membaca. Ya Allah, Syukur ku pada Mu yang menanam rasa riduku pada Ayat2 Mu. Dan semoga Kau memberi rahmat dah hidayahMu kepada aku dan keluargaku… Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan