Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 14 Mei 2010

corat coret

ketenangan kembali setelah selama satu jam suami 'bad mood'. Puncanya FB. bekas secret admirer mencurah perasaan.... hmmm, dah tua2 ni terkena attack macam tu terasa macam semput... dalam hati gila ke apa orang ni? Nak test market? suami tak marah pun, sebab dia tahu aku tak akan mengkhianati kepercayaannya pada aku. Satu masa yang lain, selang beberapa hari, bekas pak we masa U dulu 'friend request'. Kebetulan buka FB depan suami, klik je nampak gambar org tu, suami tanya, "sapa ni", aku selamba jawab, "bekas pak we".... hahaha, terkejut dia. aku pun terkejut gak sebenarnya... tak sangka boleh jadi macam tu... kenapa dia yg dah berkahwin dan beranak pinak boleh nak antar request kat aku? mungkin la saja nak berkawan tanpa ada sebarang perasaan lain, tetapi memang tak elok untuk kedua-dua belah pihak melakukan perkara seperti itu. Selepas aku 'block' dua orang yang terlibat, aku dapat berFB semula dengan aman damai, tanpa rasa bimbang yang orang yang tidak dikehendaki mengganggu aku dan tanpa rasa bimbang suami menyalahkan aku.

Suami sekarang sibuk berulang alik ke Bukit Mertajam... Anak selamba saja aku tgk menerima keadaan ditinggalkan selalu. Cuma bila papanya balik sehari dua, mereka sangat berselera makan bila makan bersama dengan papanya. Aku macam biasa je... tak ada bezanya sangat sebab setiap pagi kebanyakannya aku yang sibuk sorang2 mengejut anak, memasak sarapan, memakaikan baju Anis. Papanya jarang terlibat... kecuali bila aku dah naik hantu, nak buat itu dan buat ini tak tercapai tangan, mula la aku membebel, dan dia pun akan bangun sesekali.

Dalam sejarah perkahwinan selama 15 tahun, minggu lepas hari ahad, pertama kali aku pergi ke pasar seorang diri. Biasanya suamiku yang pergi pasar seorang diri. Balik dari pasar aku terus menelefon suami memberitahu aku pergi pasar sebab minta dipuji. macam budak2 pun ya. Suami aku pun 2x5, bangga dengan aku yang pergi pasar seorang diri ini, beli ikan, daging, sayur, parking keta tempat yang sesak dan sebagainya... entah apa-apa.

Sejak suami aku selalu keluar daerah ni, Hafiz dan Anis mencari peluang tidur atas katil aku. Aku benarkan sebab kasihankan mereka. malangnya aku pula tak boleh tidur, kena tendang kiri kanan... sudahnya aku tidur atas sofa, tapi tak selesa. Nak tidur dalam bilik anak, aku tak nak, tilam sendiri juga yang bagus. sudahnya sepanjang semalam tidak nyenyak, terkena kaki anak, omar lak berguling-guling. so semalam aku beritahu Haziq dan Anis... Boleh tak Anis dan Haziq tidur kat bawah malam ni? (aku dan omar atas katil, mereka dua orang tidur atas toto di lantai dalam bilik aku) Mami rasa tak larat sangat. Berapa malam dah mami tak leh tido, badan mami pun tak leh tahan dah ni.

Haziq datang memeluk aku erat-erat. Kemudian mencium pipi aku. Kemudian aku membalas pelukan dia, dan mencium mulutnya. Anis tak melihat, dia keluar, kalau tidak mesti merajuk lagi melihat aku berpeluk dengan Haziq. So, semalam aku tidur dengan aman damai.

Paginya semasa dia orang makan, Anis berleter.
"tak leh tido la apa la... badan lemah la apa la... tapi anis tengok mami ok je"
Oh! dia berdendam sebab terpaksa tidur bawah. hahaha.
"terimakasih anis, haziq, mami sedap tidur semalam sebab anis dan haziq tidur kat bawah... terima kasih ya sayang"
"haziq doakan mami semalam... sebab tu mami dapat tidur semalam...."
Aku memang mendengar dia membaca surah Al_ikhlas sebelum tidur semalam... anak-anakku, terimakasih sebab berkorban keselesaan untuk mami ya...

terlupa pula... suami aku beritahu minggu lepas, dia masuk ke bilik anis sebab mendengar anis bercakap. Anis mengigau..... dan dia bercakap dalam bahasa Arab! begitu fasih siap dengan pergerakan tangan! budak tu memang menakutkan aku! aku takkan lupa aku seram sejuk dan bulu roma meremang bila suatu malam dia mengigau ke mamai ke, sambil bercakap, muka sekejap macam nak menangis, sekejap macam lucu tengok aku yang pucat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan