Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 4 Mei 2010

FB dan kecurangan pasangan

Ramainya orang curang dengan perantara FB! apabila anda mula menjejak bekas kekasih, bekas tunang, serta bekas kenalan yang anda minati suatu ketika dulu, dengan sendirinya anda mula terjebak dengan semua 'bekas' tersebut dan menjalinkan hubungan... kenapa semua ini berlaku? tidak mengejutkan jika sebelah suami yang mula menjejaki bekas pasangannya, tetapi jika sebelah isteri juga mula menjejaki semua bekas yang ditinggalkan, bagaimana pula? Kecurangan seperti virus, menular begitu cepat sehingga menakutkan aku!

Nikmat terbesar yang dikurniakan kepada ku, selain dari sihat fizikal dan mental adalah kasih sayang suami... betapa dalam ketidaksempurnaan aku sebagai seorang isteri, aku dikurniakan seorang suami yang bagiku hampir sempurna... dalam pengorbanannya kepada ku, aku juga turut berkorban untuk dirinya.. Subhanallah, Maha Suci Allah, aku bersyukur kepada Mu, kerana dia lah jodoh terbaik untuk diriku.

dalam FB aku menjejaki kawan-kawan... tetapi aku tidak menjejaki 'bekas'. Namun jika bekas menjejaki aku, kemaafan yang kupinta kerana aku tidak mahu menyakiti hati suami, dan sesekali tidak mahu masuk neraka kerana curang kepada suami... dalam ketidak sempurnaan aku, suami masih menyayangi aku, menghargai kasih sayang aku dan menghargai diriku seadanya... mana mungkin aku curang pada suamiku! aku tidak mahu masuk neraka kerana curang pada suami! aku tidak mahu arwah ayah dan ibuku tidak tenang di alam kubur kerana aku derhaka pada suami...

Ya Allah aku berdoa kepada Mu, jauhkanlah aku dari dugaan sebegini... sesungguhnya kuatkanlah imanku... berikanlah aku pedoman agar aku menjadi isteri yang taat dan penyayang selamanya... Ameeenn..

terima kasih kepada kawan-kawan fb yang berkawan dengan ku secara tulus dan ikhlas untuk megeratkan ukhwah tanpa salah tanggapan kepadaku dan tanpa niat serong terhadapku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan