Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 6 April 2010

hobi terbaru suami

Suami dapat kamera baru khusus untuk semi pro. Suami memang suka ambil gambar. Aku pun. tapi itu cerita dulu-dulu. Kini ia lenyap kerana kesibukan rumah tangga dan kerja. Dan minggu lepas suami dapat kamera mahal dihadiahkan kepadanya. Maka bermulalah episod sebagai jurugambar bebas.
Suami mengambil gambar di tasik serta kawasan rumah ku. Rumah di tempat tinggi, jauh dari kesibukan kenderaan serta paparan bukit dari kejauhan memang lubuk untuk juru gambar. pagi tadi dia mengambil gambar matahari terbit... memang cantik sehingga aku kagum kepada suami ku. Apa benda yang dia buat pasti menjadi... mekanik kereta, pakar komputer, juru teknik, engineer, pensyarah, pelukis plan, designer... byk bende boleh ku senaraikan.. kecuali juru jual... :)

Hari Ahad Anis kelaparan walau baru pukul 12. Maka aku pun ingin memasak awal tapi lain pula jadinya. Suami ku mmebelek gambar di laptopnya.
Anis: papa pentingkan kamera je kan mami. sepatutnya dia kena pentingkan anak.
Aku tersenyum simpul lalu menjerit supaya suami mendengar apa yang ku ingin ku sampaikan. suami yang mendengar berkata "sedap mulut je cakap..."
dan Omar sebelum itu waktu pagi berkata di dalam kereta setelah suami asyik memberhentikan kereta untuk mengambil gambar burung dan sebagainya
"dah dah la papa gambar tu.... cukup la tu..."
Hah! Nampaknya selepas ini aku tak perlu berkata apa-apa lagi pada suami... sebab sudah ada anak yang nampaknya merasai apa yang ku rasai... cumanya aku gembira akan hobi baru suami baru...
Nampaknya Haziq minat akan kamera dan suka mengikut papanya. Hafiz berkecuali... dia lebih sibuk memuat turun lagu nasyid dan membaca kisah2 Nabi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan