Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 31 Mac 2010

kawan lama & face Book

Minggu lepas melalui facebook, aku 'berjumpa' semula dengan Noor kawan masa sekolah rendah. Kemudian aku mencari rakan-rakan masa sekolah menengah maka berjumpa pula dengan Mahdi, Zamzuri dan Osmera. Mahdi dah jadi pakar rasanya dalam bidangnya, dah dapat title Dr juga... Zamzuri sudah lama menetap di Holland... seronok menghubungi kawan-kawan lama dan mereka masih ingat akan aku dan masih ingat kenangan berbasikal dan lebih seronok juga apabila mereka berjaya dalam bidang masing-masing. Kini aku mencari rakan yang lain, Noriah, Azmawati etc... Aku juga ingin mencari Lutfi, jika dia membaca blog ini dan mempunyai akaun Facebook, harap dapat addkan ryina ikhwan.

dalam facebook juga aku menemui ramai kawan-kawan xRPKJ, bekas pelajar Ambang Asuhan Jepun UM yang mana kami selama dua tahun bersama-sama struggle bersama bersengkang mata, letih fizikal dan mental sebelum berjaya dan memasuki universiti di Jepun. Adakah aku seorang yang berprasangka bahawa ikatan persahabatan semasa di sekolah lebih tulus?

Menginjak usia 40an aku seperti bernostalgia dan masih mengharapkan mereka sama seperti ku... ingin berkongsi suka duka, bercerita tentang perkara dan kenangan manis sedangkan masing-masing juga sudah ada kehidupan sendiri...

Aku tumpang bangga dengan kejayaan rakan-akan... anak kampung seperti ku, berbasikal di tengahari mencari ilmu, kadang-kadang berhujan di jalanan... juga penatnya apabila basikal rosak dan terpaksa menumpang basikal kawan.. dan kini mereka semua berjaya dalam bidang masing-masing..
Semoga aku dan mereka dilimpahi rahmat Allah kerana sekurang2nya kami telah menyambung semula silaturahim yang terputus sejak sekian lama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan