Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 9 April 2010

cikgu sekolah

Dalam setiap waktu bila berpeluang aku selalu meminta supaya anak supaya mendengar nasihat guru sekolah... Dan tanpa aku nasihati juga anak-anakku memang hormat dan takut pada cikgu sehingga kerje sekolah disiapkan juga walau terhangguk2 menahan mata yang mengantuk.... (sudah semestinya setelah menonton rancangan tv yg diminati seperti Akademi Polis, Londeh dan sebagainya, jika tiada Kapten Barbell sebelumnya... :)) Dua minggu lepas aku datang awal ke sekolah untuk menjemput Anis dan Haziq pulang dr latihan taekwando. Aku melihat dari jauh lagak anak yg berlatih bersungguh-sunnguh terutama Haziq yang penuh semangat dan khushuk.. setelah selesai mereka berlari anak menuju ke arah aku dan dipertengahan jalan, Haziq berhenti dan mengucapkan salam dengan hormat kepada seorang guru perempuan yang sarat mengandung... cikgu mengandung dgn sekolah memang sinonim.. :) Gelagat haziq mmebuat aku tersenyum puas... Haziq adalah anak aku yang paling bredisiplin... tetapi culas solat. :(

Sebagaimana aku menghormati guru dan mengingati jasa mereka mengajar dan mendidik aku, aku mahu anak2 aku juga berbuat demikian. Semalam Hafiz mengadu pada aku.
"Mami teruklah mami... cikgu..."
"Hm?"
"kawan Hafiz dah habis rm100 buat XXX tp kena tukar semua, buat yang lain... sebab warna kertas salah..."
"cikgu dah cakap ke yang mesti guna kertas warna apa.."
"tak cakap pun... kesian kawan Hafiz... sebab warna je .. seratus ringgit mami.."
"memang banyak tu seratus.. sian kat mak ayah dia tu... mungkin bukan org kaya... cikgu tu gaduh dgn suami kot..."
"kawan abang cakap dia stress kat rumah..."
"ya la kot... stress dgn suami ke anak-anak dia ke... anak tak dengar cakap..."
"tapi mana boleh bawa masalah ke sekolah kan mami?"
"ha ah... tak baik lah macam tu..."
"pas tu dia kata tak payah tulis penghargaan kat kawan, tulis penghargaan kat cikgu je... boleh ke macam tu..."
Aku tergelak.
"sepatutnya boleh la masukkan untuk kawan juga kan..."
dan perbualan itu bersambung lagi beberapa ketika.

Wahai cikgu atau pensyarah termasuk diri aku juga, anak-anak sekarang sudah cerdik. mereka mendengar, melihat dan menilai. Jangan sesekali membuatkan tidak tanduk kita mencalarkan imej perguruan / pendidik yang sepatutnya disanjung tinggi sebagaimana mereka menyanjungi ayah dan ibu mereka. Jangan juga kita terlalu obses dengan 'target' kita sehingga menghina atau mematikan semangat mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan