Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 26 Mac 2010

harapan dan realiti untuk anak2 dan diriku

Minggu ini hampir semua markah ujian diketahui.  Anak2 macam biasa... pencapaian yang sederhana tetapi meningkat... Itu sudah cukup bagi aku dan suami kerana kami tidak pernah ingin memaksa pencapaian anak2 melebihi kemampuannya.  Sudah lebih dari cukup andai Hafiz nampak bersungguh-sungguh dan mengaji saban malam sebelum tidur.  Hasil dari usaha itu samada baik atau buruk sudah tidak penting lagi.  Tetapi tetap juga aku berikan nasihat padanya  sekiranya keputusan itu disebabkan oleh kelekaanya... Dia dapat 3A, 4B dan 2C.


Haziq pula masih dgn perangai baran, cepat menangis dan ingin bermanja.  Nampaknya keputusannya ok juga walau aku cuma lihat dia menonton kapten barbell setiap malam... dia tidak begitu rajin... bila aku menyuruh dengan bersungguh barulah dia akan mengulangkaji.  Tapi setiap kali dia belajar, dia begitu fokus, tunduk mengadap buku dan buat sehingga selesai.  Paling lama pun satu jam.. selepas itu dia akan menunjukkan kerjanya dan meminta untuk menonton TV.  Beza dengan Hafiz yang mengulangkaji sambil mendengar nasyid atau mencari sumber di internet.  Haziq dapat A dalam subjek Math, English dan mungkin B dlm BM.  Science aku rasa kemungkinan dia akan mendapat A.  Haziq setiap kali balik dr sekolah, jika ada kerja rumah, akan membuatnys terlebih dahulu tanpa mahu makan atau mandi... kalau aku paksa dia akan menangis.  Kalau tidak ada kerje sekolah maka dia akan mengadap TV sehingga masuk tidur..




Anis pula semenjak masuk tahun 1 begitu ceria... belajar? masih juga malas tetapi rajin membuat kerja sekolah kerana rasanya mengikut arahan cikgu.  Tp menakjubkan juga apabila hampir semua subjek dia dapat 90% ke atas.  Jika dia tertidur sebelum membuat kerje sekolah maka dia akan bangun tengah malam meracau, bercakap merapu tidak tentu hujung pangkal sehingga aku rasa 'atok'nya datang mengacau.  sekali aku pernah menggosok belakang tengkuk aku pukul 11 pm kerana dia terbangun sekejap menangis sekejap tersenyum manis seolah lucu memandang aku yg pucat.. masa itu papanya belum pulang.  Anis masih lagi misteri bagiku.. satu keseronokan untuk aku mencari tabiat dan sikap dia terhadap sekolah dan peperiksaan...


Omar aku rasa terlebih cerdik.  "mami tak faham ke?" "Macam tak cayaaaaaa je" "Isshhh mami ni" "omar cakap mami tak faham-faham ke" "mami cakap la baik-baik omar, hati-hati omar... cam tu la" "omar kan lelaki..." "mami kan lelaki"  Kini berhujah dengan omar merupakan kegemaran aku, suami dan Hafiz.


Anak-anakku, mami tidak mengharapkan anak2 mami menggapai bintang di langit... cukuplah sekadar mempunyai harga diri, hidup bermaruah, mencari rezeki yang halal dan jujur dengan diri sendiri.. sentiasa mengatakan yang benar untuk diri sendiri dan jangan takut untuk berkata tidak walaupun ditindas...  Alangkah bagus sekiranya Hafiz terus mengaji setiap malam, menjadi anak yang taat seumur hidupnya serta berdikari hidup di dunia Tuhan yang luas ini... alangngkah bagusnya sekiranya aku mampu mendidik anak2 yg lain sepertinya.. dan alangkah baik juga sekiranya aku dan papanya juga diberikan petunjuk dan hidayah menjadi hamba yang redha dan beramal sambil menunggu maut menjemput kembali ke sisi Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan