Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 19 Mac 2010

family communication

di meja makan, aku, suami, Hafiz dan Haziq sdg makan malam.  Suami yg masak.  sedang makan sedap2, suami bersuara.
Suami: Sedap ke?
Aku: hmm... sedap.
Suami: mami ni kan, kalau atok masak masa tu juga cakap sedap, bila papa masak, 3 ari lepas makan baru cakap sedap... malaslah nak masak macam ni...
Aku: ya, betul sedap... tgk ni mami tgh syok makan ni..
Haziq: a ah betul papa cakap... kalau atok masak, mami terus cakap sedap sedap, jilat jari lagi...bila papa masak mami tak cakap pun..
Suami: tengok? anak pun tau cakap?
Aku: (macam mana boleh jadi mcm ni?) oh Haziq bersekongkol dengan papa ya... tak pe... nanti mami keluarkan nama Haziq dari senarai pewaris harta mami!! (mcmlah byk sgt harta!)
Haziq: (gabra...) hah? apa?
Aku: makan je.... tak ada ape...
suami di hadapan aku tersenyum simpul, hafiz sebelah aku ketawa nampak gigi tp tak keluar suara, Haziq masih cuba memahami dan aku berpura2 buat tidak tahu risaukan Haziq  takut dia mengamuk...
dan bila aku bagi tau atok, atok ketawa ternganga2.... hihihi... kelakar keletah anak2..tp tak sangka haziq boleh seriously komen aku mcm tu... pas ni bila aku masak aku kena stresskan kat ank yg aku masak bukan papa dia!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan