Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 15 Mac 2010

Dunia Bunian

lama tak update blog... aku dan keluarga bercuti di Bukit Cherakah sambil menghadiri dan meraikan majlis perkahwinan kawan.  tiga hari tiga malam di sana... semua org seronok dan penat.  aku seperti biasalah tidak membantu apa kecuali membantu makan dan menghabiskan apa yang patut... Omar tidak berenggang dari aku, sampai aku masuk toilet pun dia mahu mengikut.
Kadang-kadang aku kecewa dengan sikap orang.  Orang tidak faham apa itu dimensi yg ku maksudkan  dalam novel aku "@ dimensi buni".  Kalau tidak faham janganlah cuba membuat kesimpulan mudah.  Dimensi buni itu, wujudkah?  Memanglah wujud kalau orang itu percayakan akan kewujudan bunian.  Kalau tidak percaya, maka ia tidak wujud.  Apa maksud dimensi?  bagi aku ia adalah "ruang".  Dalam ayat mudah ia adalah ruang berbeza yang kita kongsi di dalam tempat yang sama.  dalam rumah kita ada, mungkin ada rumah yang lain yg kita tidak nampak, ada keluarga lain yang kita tidak rasai kehadirannya.  Kalau tiada dimensi yang berlainan untuk tempat yang sama maka kita akan berebut-rebut tempat itu dengan iblis, bunian, jin dan entah apa2 makhluk lain.  Mungkin juga kita sudah lama pupus kerana populasi kita tidaklah sebanyak populasi makhluk lain.  Adakah aku  hidup dalam khayalan?  entahlah... tapi aku rasa tidak... kerana aku rasai kehadiran mereka, aku melihat mereka di dalam gambar2 di tempat2 tertentu yang aku ambil.. Fikirkan sains juga, dari segi sains, dimensi itu ada.. dalam Al-Quran, cubalah selidiki...ada atau tidak aku tidak pasti... cuma arwah ibu selalu cakap pasal tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi... apakah maksudnya? ya lah dimensi itu tidak dinamakan "dimensi buni' kerana dimensi buni aku hanya ilhamkan tetapi orang menggelar dimensi yang berbeza dengan dimensi kita ini dengan dimensi kedua, ketiga dan keempat dan sebagainya... Janganlah sempitkan kepala otak kerana ilmu Tuhan itu Maha luas... sedangkan ilmu yg seluruh manusia ketahui hanyalah setitik dari air laut bumi... tp aku tidaklah pandai, aku bukan orang berilmu, aku berfantasi ... cuma khayalanku, fantasiku ada asasnya..  aku tidak mengarang novel tentang bunian sekiranya aku tiada asas walaupun sedikit... Aku orang akademik, aku aliran sains di sekolah tetapi meminati sastera, aku membaca sampai habis novel salina semasa aku sekolah rendah, aku belajar ekonomi tetapi meminati matematik, aku mengajar bahasa Jepun tetapi bidangku adalah pragmatik, aku bukan orang 'education' sebagaimana aku  menulis berdasarkan khayalan sahaja... dan aku amat selamba orangnya.. segalanya caca marba menjadikan aku menerima sedikit dari setiap bidang yg aku tahu..
sebagaimana hanya orang tertentu sahaja (org berilmu ugama yg tinggi) boleh memasuki dunia bunian, orang bunian juga tidak sesuka hati dapat memasuki dunia manusia macam kita.  hanya manusia bunian yg berilmu, samada keturunan raja, pahlawan atau alim datang menembusi dunia kita... bukan sedikit kesusahan yg mereka terpaksa hadapi untuk memasuki dunia kita... Apa yang penting, bukan samada cerita itu khayalan atau tidak tetapi adakah asas untuk perkara-perkara itu berlaku...? jangan sempitkan kepala otak.. luaskan pemikiran, sedarilah kuasa Tuhan, perhatikan alam sekeliling... Dunia bunian  itu bagaimana? aku tidak tau, aku tidak pernah masuk... kalau aku pernah masuk, aku tidak mahu keluar, aku mahu berguru dengan novelis bunian... Aku mahu hidup di alam sana bersama nenek moyang aku, raja bunian!

5 ulasan:

  1. seronok baca nukilan ini....saya suke idea awak yang benar2 menunjukkan awak manggunakan akal yang Allah bagi...kalau boleh selidikilah lagi ttg alam bunian dan dimensi masa yang tidak pernah manusia ketahui

    BalasPadam
  2. salam.....

    umm....cte sal bunian ni..saya nak kongsi sal cite saya...saya keliru.

    lately,ble saya kua mesti ada yang pandang2 n senyum...kalu sekali mungkin xamik kisah sangat...tp banyak kali..
    baru-baru ni,kua gn bf...kebetulan terserempak dengan kawan bf..
    semalam bf bagitau kawan yang kami terserempak ari tu tanya sal pempuan yang ikut saya...
    pempuan tu pakai baju putih..dia ikut je ke mana saya pergi..dia ikut saya dari belakang..seolah-olah menjaga saya...mungkinkah bunian?
    bf pun pelik sebab kami xnampak....
    minggu lepas kami g mancing..adik dengan bf dia pn ikut sekali...pastu mata kail saya tersangkut kat bungkusan kain itam...bf nak keluarkan mata kail dari tersangkut..kain tu dibungkus seperti nak buang 'sesuatu'.
    bau memang busuk gile...adik n bf dia da blah awal2 sebab syak benda pelik....bf cepat2 keluarkan mata kail yang tersangkut tu..saya temankan...pastu cepat2 blah...bf muntah2..saya ok je...
    dia pelik...esoknya,dia bawak kwn dia ke tempat tu...lepas balik da tempat tu, kawan dia demam...xsembuh lagi...katanya,tempat tu keras..
    saya xtaw nape dgn diri saya...macam xde apa2 yang berlaku...tp ada orang nampak saya selalu bersama dengan seorang pempuan...huhuhu

    BalasPadam
  3. oh... ank saya pernah mengalami ni... gi camping, perempuan berpakain puteh berjalan sebelah dia... tp dia tak nampak, sedangkan kawan2 dia nampak bertempiaran lari dan menangis... xtaulah makhluk apa tu... mungkin bunian.. kdg2 bila dia suka seseorang, dia akan ikut... org lain akn nampak, samada dalam bentuk elok atau hodoh, tp kita tak nampak.. wallahualam... itu setakat apa yg sy dgr dr penceritaan org2 tua sahaja..

    BalasPadam
  4. anonymous, ada org takut baca novel ini sebab takut terpesong akidah... so far, walau kami sekeluarga percaya akan dimensi dan bunian tp rasanya masih berada dalam kewarasan lagi...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum mungkin awak adalah kawan khyalan bunian saya harap saya dan awak boleh jadi kawan tolong ambik number fone saya kerana awak dan saya mungkin ada persamaan pendptn tentng bunian ini +6738879611

    BalasPadam