Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 2 Mac 2010

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan cicit kepada Saiyidina Umar Al Khattab, datuknya adalah Asyim yang berkahwin dengan gadis penjual susu yang jujur sehingga menarik perhatian Umar Al Khatab untuk dijadikan menantunya.  Saiyidina Umar AlKhattab semasa hidupnya pernah memberitahu keluarganya akan kelahiran seorang yang membela agama dari keturunannya.  Beliau memberitahu tanda di dahi yang terdapat pada  cicit tersebut.  Keluarga Umar Al Khattab merahsiakan pesan Umar di kalangan keluarga mereka sahaja.  Tanda di dahi Umar Abdul Aziz terjadi ketika beliau masih kecil akibat kemalangan, menyebabkan ayahnya yang mengetahui pesan Umar AlKhattab merasa gembira dan menghantar beliau belajar ugama dari ulama terkenal pada masa itu.

Beliau berkahwin dengan Fatimah, puteri kepada Khalifah ketika itu yang merupakan bapa saudaranya.  Dia cukup risau akan wasiat khalifah kerana tidak mahu dilantik menggantikan jawatan khalifah.  Setelah dilantik menjadi khalifah, beliau meminta isterinya memilih samada emas atau dirinya sebagai suami.  Isterinya kemudian menyerahkan segala perhiasan dan harta kepada baitulmal kerana baginya suaminya itu sudah cukup sebagai harta dunia.  Mereka hidup penuh sederhana sehingga sukar dikenalpasti samada sebagai pembantu atau keluarga khalifah kerana pakaian yang buruk dan budi pekerti yang mulia.  Isterinya yang berbudi pekerti yang mulia itu juga menjadi inspirasi puisi kerana merupakan isteri Khalifah, anak kepada Khalifah dan adik kepada seorang Khalifah.
Pada zaman pemerintahannya juga, cacian terhadap Saiyidina Ali dibuang dari khutbah Jumaat.  Zaman pemerintahannya tidak lama tetapi sejak dia mengambil alih, semua rakyatnya kaya raya sehingga tiada penerima zakat yang layak menerima zakat.  Sebaik dilantik menjadi khalifah, beliau pulang ke rumah kerana penat atau terkejut dijadikan Khalifah yang bukan menjadi kehendaknya.  Dia memberitahu anaknya akan tidur sebentar tetapi anaknya berkata, siapa yang menjamin nyawanya akan berpanjangan sehingga petang?  Dia mengucap syukur atas peringatan anaknya lantas menjalankan tugas Khalifah pada masa itu juga.  beliau memecat pembesar negara yang dilantik melalui hubungan keluarga pada zaman khalifah terdahulu.
Beliau tidak meninggalkan harta semasa hayatnya tetapi meninggalkan anak-anak yang soleh.  Dia juga digelar Khalifah ke 5 selepas Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali kerana pemerintahannya mirip kepada 4 khalifah tersebut termasuk sikap dan sifat mulia yang ada pada dirinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan