Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 3 Februari 2010

kebun di rumahku

pertama kali ke Mantin pada tahun 2000, aku merasa sungguh teruja kerana bandarnya kecil dan seolah2 aku berada di bandar koboi.  Masa itu jugalah aku setuju dgn keputusan suami mahu beli rumah dan tinggal di situ walau agak jauh dari tempat kerja.  sememangnya keputusan kami tidak silap.  Rumahku betul-betul sebelah sempadan Mantin dan Beranang.

Rumah aku rumah di atas lot banglo.  Masa aku kerja di Jepun, suami aku asyik suruh beli kereta, tapi aku tak berapa suka sangat... walau org kata beli dan bawa balik ke Malaysia murah sangat.  so aku suruh suami aku telefon kawan dia manager di syarikat perumahan dan tempah satu lot tanah dan buat rumah terus.  lot tanah tu kawan suami aku yang pilih... selepas dua tahun lebih kurang, barulah kami berkenalan dengan rumah kami yang hampir siap...

sekeliling rumah kami tanam pokok ciku, mata kucing, limau madu, limau besar, pisang, pandan,dokong, dan macam lagi pokok.  pokok mangga dah kami tebang sebab pokoknya besar dan banyak pula semut hitam, begitu juga pokok jambu batu tak ada biji.  Pokok jambu tu walau aku sayang sangat aku terpaksa tebang sebab banyak sangat semut hitam kat atas pokok tu.  Buah dia memang sedap, juicy, dan rangup.  memang tak pernah aku makan jambu batu sesedap jambu batu rumah aku.

Pokok pisang dan betik, buahnya besar2.  buah mata kucing juga sudah lama kami dapat hasilnya.  Bijinya besar2, puas aku makan.  begitu juga buah ciku, sangat manis.  aku rasa air tangan suami aku memang menjadi.  pokok yang dia tanam memang semua menjadi. dan tanah sebelah kanan rumah aku memang subur sebab di tepi lereng sikit, ada cacing dan siput babi.. tapi tanah sebelah kiri pula banyak batu-batu, nak cangkul apa2 pun terkena batu, memang tak subur.  Aku tanam juga lima batang pokok gaharu tapi mati tak sempat besar.  Maklumlah main tanam je, tak jaga... sekarang ni menjadi kegilaan aku menanam pokok puding.   asal aje aku jumpa jenis puding baru, aku akan beli dan tanam.  aku suka tgk corak dan warna daunnya... kalau buat pagar memang nampak cantik sangat.

sekarang ni aku tunggu buah betik dan buah ciku masak.. buah mata kucing baru je habis berbuah, kena tunggu 2/3 bulan lagi baru berbuah semula.. teringat kat dusun di kg aku, Dewan beta, ada langsat, duku dan durian.  tapi abang aku tak jaga... memang sudah lama tak makan hasilnya.  abang aku suruh org lain yang jaga... jadi tu lah kami yang dok jauh ni tak merasa lama dah makan duku di dusun sendiri.  Duku Dewan memang masyur di Kelantan... memang terkenal dengan buah yang manis, macam muka tuan2 dusunnya... eh sempat lagi promote!  ok itu sahaja... kalau pergi Dewan Beta cari Kedai Dewan atau Sek Keb Dewan Beta... sekolah aku dulu tu,,  best friend, Nor Azizah dan Rosniah (??) Amer, Hassan (tiga2 anak cikgu kecuali Nor), rasanya semua dah berjaya... Nor dah jadi cikgu, Rosniah (?), amer (pensyarah), Hassan (mesti dah pngkat besar...)  Naimah? Ramlah? all the best... mmg tak ada peluang dah nak jumpa semula...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan