Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 10 Februari 2010

jenaka bodoh

jenaka 1
satu malam aku meneman Anis membuat kerja sekolah.  Rajin dia buat kerja sekolah tapi tak tahu sampai bila boleh bertahan.  Minggu lepas untuk satu muka surat, ambil masa dua hari selepas adegan pujuk memujuk.  tp tu cerita lain... kerja sekolah Anis malam tu adalah sains.  nice smell and bad smell... Haziq ikut sekali meneman dan menolong Anis.

aku melihat anis membuat garisan untuk menemukan bunga ros dengan 'bad smell'.
Aku: itu salah tu... bunga ros nice smell ... semua bunga nice smell tau kecuali bunga tahi ayam"
Anis: (ketawa)
Haziq: (tunduk melihat buku Anis)
aku: what is 'bunga tahi ayam' in english, Haziq"
haziq: oh... chicken tahi flower...
Aku: (sambil gelak) chicken shit flower!
haziq  gelak makin kuat... entahlah aku pun tak tahu apa bunga tahi ayam dalam english... pernah tertengok sekali kat dalam buku teks anak tapi susah nak eja dan sebut, so aku abaikan je...

jenaka 2
seorang lelaki tua kenalan aku... orang bandar tak tahu sepatah haram loghat kelantan tapi nak bercakap kelantan dan menyebabkan aku sakit telinga.
Dia: Mu maghi sini aku nak kecek...
Aku: nak kecek gapo? (cuba tiru sebutan pelat org KL)
Dia: Aku nak kecek mu...
Aku: tau tak... kecek tu maknanya nak tipu orang... kecek duit, kecek bini orang maknanya nak tipu duit, tipu bini orang... (aku ketawa sebab aku dapat kenakan dia).. 'kkecek' baru betul,,, ADA SABDU, NADA KERAS SIKIT ... ni cakap kelantan macam org siam pedas makan lada..
dia: (dia pulak sakit telinga) Kau ni ada je! semua aku cakap salah! suami kau tak pernah komplen pun! kau ni je mengada2..
Aku: dah salah nak wat camner... makna memang dah lain...
sorry... ya kalau 'dia' terbaca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan