Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 30 Januari 2010

anis

Anis balik rumah memberitahu dengan bersungguh-sungguh bahawa dia masuk kelas IA selepas ujian diagnostik diperoleh... memang aku, suami dan abang2nya tak menyangka betul.  Bijak rupanya dia.  Aku cuma harap dia kekal kelas 1C, rupa2nya masuk 1A.  Walau pun kejayaan itu tidaklah bererti sangat memandangkan dia baru darjah 1, tapi bagi aku ia bererti kerana telah menyangkal akan anggapan ku pada anak perempuan yang sorang ni, yang manja dan tergedik2 (kata hafiz).  Bila aku cakap aku akan belanja makan KFC dan beli hadiah, haziq pula mendakwa... dia masuk kelas 2A dan 3A tak dapat hadiah pun... pulak!  aku rasa dah bagi dah... kenapa dia orang ni cepat benar lupa... lepas dia tahu masuk 2A dan seterusnya 3A , memang aku belanja makan di Pizza Hut dan beli hadiah... habislah duit aku... dahlah bulan ni banyak belanja tuk nak gi conference...

selingan...
tadi baca berita akhbar tentang Tengku Razaleigh yang berada di pentas PAS bagi ceramah wang PETRONAS.  bagi aku yang tak masuk mana2 kumpulan politik, aku mengucapkan terimakasih kepada Ku Li kerana berani memberi pendapat tentang nasib rakyat Kelantan.  sebagai rakyat Kelantan, memang aku benar2 berharap duit akan sampai kepada kerajaan negeri... sudah berpuluh tahun isu ini berlaku.  Untuk menghukum rakyat Kelantan kerana tidak memilih UMNO sedemikian rupa rasanya tidak adil... untuk memaksa mereka hidup susah dan dengan itu memilih UMNO, perkara itu tidak akan berlaku.  Rakyat Kelantan rela hidup susah.  bagi mereka sesusah macamana pun mereka ada tanah dan menjadi 'tuan' kepada diri sendiri.  mereka juga membandingkan kehidupan Melayu lain di negeri lain.  entah kenapa mereka menganggap mereka lebih 'kaya' dalam segala hal... samada dakwaan itu bersifat escapism atau sebaliknya, tidak penting bagi mereka, kerana bagi mereka hidup mestilah bermaruah walau susah... dan PAS di Kelantan hanya akan tumbang jika pemimpin PAS bukan lagi bersifat alim ulama ( atau kelihatan sipi2 ulama)... samada negeri lain kaya atau tidak, kelantan mundur atau kebuluran atau tidak, tidak akan menjadi penyebab kepada kejatuhan PAS. Dan aku percaya keihklasan UMNO membantu Kelantan secara ikhlas sahaja yang mampu memberi peluang kepada UMNO... entahlah... oh ya aku bercakap sebagai anak kelantan yang hidup berjaya di negeri orang dan bersyukur pada Allah yang memberi rezeki...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan