Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 23 Februari 2010

Ikramah bin abu jahal, harith bin hisyam dan ayas bin abu rabiah serta Khalid AlWalid

cerita diambil dari buku "khalid: memburu syahid" karya abdul latip talib

ketika peperangan menentang tentera Rom berlaku yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid.  Pada masa itu sebenarnya Khalid telah dipecat oleh Khalifah Omar kerana Khalifah bimbang akan ketaksuban umat Islam kepada Khalid.  ketua panglima Islam menggantikan beliau pada masa itu adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.  tetapi Abu Ubaidah meminta Khalid meneruskan tugasnya sehingga perang selesai untuk menetapkan hati tentera Islam.  3 orang sahabat ini mendapat cedera parah dan meninggal dunia.  Khalid menziarahi mereka selepas pada syuhada dikebumikan.

Ikramah:  saya tahu saya cedera parah dan tiada harapan pulih seperti biasa, namun saya berpuas hati kerana dapat menebus dosa saya yang dulu.
Tiba-tiba Harith yang terbaring di sebelah Ikramah haus dan lalu meminta air.  Khalid memberi bekas berisi air kepada Harith  tetapi sebelum sempat air diminum, Ayas di sebelahnya pula meminta air.
Ayas: saya dahaga. tolong berikan air.
Harith memberi isyarat supaya air diberikan kepada Ayas.  ketika Khalid mahu menuang air kepada Ayas, Ikramag pula meminta air. Khalid beralih kepada Ikramah.  Sebelum sempat Ikramah minum air Harith pula berkata: saya berasa dahaga.  masih adakah air untuk saya?
Ikramah tidak jadi meminumnya.  dia meminta air diberikan kepada harith.
Apabila Khalid berpaling kepada Harith, dia sudah meninggal dunia, kemudian Ayas dan selang beberapa saat Ikramah pula meninggal dunia.  Kisah 3 panglima Islam ini menaikkan semangat jihad pada sahabat2 yang lain.  tentera Islam menang di dalam peperangan ini.

selepas itu Khalid menyerahkan jawatan kepada Abu Ubaidah.
Abu Ubaidah:  saya memegang jawatan ini bukan kerana saya lebih layak dari saudara tetapi kerana mematuhi perintah Khalifah.
Khalid: saya berjuang bukan kerana pangkat dan bukan juga kerana khalifah.  saya berjihad kerana Allah.

selepas Khalid pulang dan kemudian menghadap Khalifah memberitahu bahawa dia dan keluarganya mahu pergi meninggalkan Madinah.  Khalifah Omar amat berat hati.  Tetapi beliau berrkata
Khalifah: penduduk mekah dan madinah menyanjung saudara berlebihan.  ada yang menganggap saudara manusia luar biasa kerana tidak pernah tewas dalam peperangan.  saya bimbang perkara ini merosakkan akidah mereka sekiranya dibiarkan.
Khalifah menyatakan sebab kenapa Khalid dipecat.  Khalid tersenyum dan mengangguk.

pada suatu hari Khalid jatuh sakit di Syam.Kata beliau: Umur saya sudah 58 tahun.  saya sudah menyertai lebih 100 peperangan.  Saya terlibat dalam perang Mukah, Parsi, Rom, menakluk Mesir dan menawan Baitul Maqdis...saya bercita-cita mahu mati syahid.  seluruh tubuh saya penuh dengan parut2 akibat senjata musuh, tetapi saya masih hidup.  Impian saya untuk syahid tidak tercapai.  Akhirnya saya mati di atas katil.  Hanya seorang pengecut sahaja mati begini.  saya tidak mahu mati di atas katil... saya mahu mati di medan perang..

ramai orang sebak mendengar rintihannya...

Khalid:  dada saya pernah menjadi sasaran tombak, anak panah dan pelbagai senjata lain, tetapi mengapa saya tidak menemui syahid?
Khalid menunjukkan badan dan kakinya yang penuh dengan parut2 dan kesan tikaman dan sebagainya.  Ramai yang hiba melihat keadaan Khalid yang penuh dengan parut dalam..

Tiba2 Abu Zanad berkata: saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh..... Rasulullah mengurniakan saudara gelaran pahlawan pedang Allah.  Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan.  disebabkan itu saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir..  Doa Nabi dimakbulkan Tuhan..

Khalid terdiam tetapi wajahnya masih hiba.

Kata Saiyidina Omar selepas mengetahui berita kematian Khalid: saya tidak berasa dengki atau iri hati kepadanya tetapi ada dua perkara yang mengganggu fikiran saya.  pertama dia tidak pernah kalah dalam peperangan sehingga ada yang berkata kemenangan itu disebabkan Khalid bin Walid... kedua. dia terlalu sayangkan tenteranya. apabila mendapat harta rampasan dia terus membahagikan harta kepada anggota tentera tenpa berbincang dengan Khalifah...

Ya Allah....jadikanlah anak2 kami bagai tentera2 Islam ini yang mati di dalam perjuangan menegakkan Islam dan ikhlas berjuang di jalanMU....YA Allah, masih ada lagikah semangat mereka di dalam dunia Islam hari ini?  Ku Mohon rahmatMu menjadikan anak-anakku dan anak2 Islam yang lain, anak yang soleh dan tetap di jalanMU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan