Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 19 Februari 2010

saiyidina Ali b Abu Talib, Thalhah, Zubair dan Amru

petikan kata-kata saiyidina Ali dari buku "Ali Bin Abi Talib" karya Abdul Latip Talib.

Berkata Khalifah Ali kepada Thalhah: wahai sahabatku Thalhah, saya hendak bertanya. Kamu menyuruh isterimu berada di rumah tetapi kenapa kamu sanggup datang ke sini membawa isteri Rasulullah? kenapa kamu sanggup memperdaya dia supaya berperang dengan saya?

Thalhah tergamam tidak dapat menjawab pertanyaan Saiyidina Ali. Dia rasa bersalah dan nekad menarik diri dari peperangan itu.  Kemudian Saiyidina Ali berkata kepada Zubair bin Awam: wahai sahabatku Zubair, apakah yang menyebabkan kamu datang ke sini?

Jawab Zubair: Menuntut bela di atas kematian Uthman
Ali: Demi Allah dan RasulNya, saya tidak terlibat di dalam pembunuhan Khalifah uthman.  Tetapi kenapa kamu tergamak memerangi saya?
Zubair tergamam lalu Saiyidina Ali menyambung: Wahai sahabatku Zubair, sukakah kamu sekiranya saya ingtakan kamu tentang peristiwa ini semasa kita bersama Rasulullah?  Pada suatu hari kamu berjalan bersama Rasulullah, kemudian kamu datang kepada saya lalu Rasulullah berkata wahai Zubair, satu hari kelak kamu akan memerangi Ali secara zalim.  dan sekarang kamu hendak memerangi saya secara zalim.
Zubair: Demi Allah, selama ini saya terlupa kata-kata rasulullah.  Sekiranya saya ingat saya tidak akan keluar memerangi kamu."
Mereka berdua kemudian meninggalkan Saiyidina Ali tidak jadi memusuhi Kalifah.  Orang yang kecewa adalah Marwan bin Al Hakam.  Dia memanah Thalhah dari belakang dan Thalhah meninggal dunia. Dia dizalimi oleh kawannya sendiri.
Zubair bin Awam yang cuba menarik diri tidak dilepaskan pergi dengan selamat. Amru bin Jarmuz bergabung dengan tentera Ali mengekori dari belakang lalu membunuhnya.  Amru bin Jarmuz menemui Khalifah dan membawa pedang dan cincinnya dengan harapan Ali akan memberikannya hadiah tetapi Ali berkata : pedang ini digunakan oleh Zubair berkali-kali bagi mempertahankan Rasulullah.  Rasulullah pernah berkata orang yang membunuh Ibnu Awam akan dibakar api neraka.  
Tsuar bin Majzat berkata: ketika pertempuran sedang berlangsung, saya bertemu dengan Thalhah bin Ubaidillah yang cedera parah tetapi masih bernafas.  Dia bertanya saya daripada pasukan mana? saya menjawab dari pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib.  Dia meminta saya menghulurkan tangan dan kami bersalaman.  Kemudian dia meninggal dunia.
Ali: Sesungguhnya memang benar apa yang diucapkan oleh Rasulullah bahawa Allah akan memasukkan Thalhah ke dalam syurga.  Dia meninggal dunia dalam keadaan masih memberi sokongan kepada saya.

Muawiyah menghantar surat kepada Amru al Ash supaya membantu menentang Ali.  Amru merasa serba salah kerana Ali adalah sahabat baiknya ketika rasulullah masih hidup. Muawiyah pula adalah kaum kerabatnya.  Amru berbincang dengan dua anaknya, Abdullah dan Muhammad
Abdullah: wahai ayah Rasulullah wafat dalam keadaan redha kepada Allah.  Begitu juga Abu Bakar dan Omar, kedua-duanya redha kepada ayah.  sekiranya ayah menyokong Muawiyah saya bimbang ayah masuk neraka bersama dia.
Muhammad: Muawiyah mempelawa ayah bergabung dengan dia.  Rebutlah peluang ini.  Sebaliknya ayah jadilah kepada bukan ekor.
Wardan pembantu kepada Amru berkata: Tuan sedang memikirkan jika menyokong Ali hanya akan mendapat akhirat tanpa untung di dunia.  Jika menyokong Muawiyah tuan mendapat keuntungan dunia tanpa untung akhirat.  Sebaiknya tuan duduk di rumah.  Jika Ali menang tuan bernaung di bawah pemerintahannya. Jika Muawiyah menang, tuan juga akan diperlukannya.
Amru: dalam suratnya Muawiyah berkata jika saya menyokongnya saya akan dilantik menjadi Gabenor Mesir.  Kerana itu saya akan menyokong Muawiyah.

Amru bereperanan besar dalam peperangan itu membantu Muawiyah walaupun Saiyidina Ali begitu menyayangi sahabat2nya dan kedua-dua tentera sehingga membenarkan mereka menggunakan Sg furat.. Amru tetap mempertahankan Muawiyah yang nyata menggunakan taktik kotor dan keji.

Muhammad b Abu Bakar As Sidik dibunuh oleh Muawiyah Hudaj.  Sebelum lehernya dipenggal dia berkata:
Semoga Allah membakar kamu dengan api neraka.  Membakar pemimpin kamu Muawiyah dan Amru Al Ash.  
Ketika Muhammad berkata dia memandang Amru Al Ash.  Kemudian mayatnya dibakar.
Saiyidina Ali sangat sedih mendengar nasib anak kepada Abu Bakar. Dia menyeru untuk menuntut bela tetapi tidak sampai 100 orang berkumpul untuk berperang dengan tentera Muawiyah.

Saiyidina Ali dibunuh ketika mahu keluar dari rumahnya oleh seorang yang dikenalinya, dikasihinya dan Saiyidina Ali juga tahu bahawa dia akan dibunuh oleh pembunuh tersebut.  Apabila ditanya kenapa saiyidina Ali tidak memberikan hukuman kepada bakal pembunuhnya dia berkata bahawa pembunuhan ke atasnya belum berlaku, maka tiada hukuman patut diberikan... tambahnya lagi bagaimana pula mahu menghukum orang yang ditakdirkan akan membunuhnya?

Demikianlah tragedi yang menimpa sahabat2 nabi dan anak2 mereka.  semoga menjadi iktibar. Kejadian ini berlaku setelah Islam tersebar ke seluruh dunia dan umat Islam kaya raya.  Oleh kerana kaya raya itulah ramai yang berebut untuk menjadi khalifah dan gabenor sedangkan Saiyidina pada awalnya tidak mahupun memegang jawatan Khalifah.  Pada ketika itu fitnah dan tipu daya berleluasa sehingga Siti Aisyah dan para sahabat menentang Saiyidina Ali.  Mereka marah kerana Saiyidina Ali tidak menghukum pembunuh Uthman. sedangkan saiyidina mempunyai alasan tersendiri iaitu ingin mendamaikan perbalahan dalaman terlebih dahulu.  Ketika itu umat Islam kucar kacir dan mengorbankan banyak nyawa sesama muslim.   Lagipun anak2 saiyidina Uthman tidak menentang Saiyidina Ali, malah menyokongnya.  Pembunuhan saiyidina Uthaman hanya dijadikan alasan untuk menggulingkan Ali dan membunuhnya agar jawatan Khalifah akan diperolehi oleh Muawiyah dan orang lain yang melampau batas.

Surat2 yang dikirim oleh Ali nasihat para pengikutnya yang setia kepada Siti Aisyah dan sahabatnya membayangkan betapa kecewanya Saiyidina Ali yang seolah-olah bersendirian menangani kemelut berdarah tersebut.  Saiyidina Ali juga memerintahkan pengikutnya menghantar pulang Siti Aisyah ke rumah kerana bimbang akan ditawan oleh orang yang terlibat di dalam pembunuhan Uthman bin Affan.  Begitu Mulia sifat saiyidina Ali yang dididik oleh rasulullah.  tiada dendam, tiada hukuman untuk bondanya serta para sahabatnya yang telah terpedaya dengan pujukan dan dakyah Muawiyah...

Bagaimana ya orang yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah seperti Saiyidina Ali dan Saiyidina Uthman boleh ditentang oleh orang Islam sendiri yang ada di antaraya pernah hidup di zaman rasulullah?  Ya Allah janganlah Kau palingkan hati kami dari mengadapMU...

Perjuangan Zubair dan Thalhah dalam melindungi Rasulullah mendapat penghargaan yang tinggi dari Rasulullah dan kedua-duanya juga merupakan sahabat yang dijanjikan syurga. Mereka mati setelah berdamai dengan Saiyidina Ali dan cuba menyatukan dua pihak di dalam peperangan itu tetapi tidak sempat melakukannya akibat dibunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan