Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 27 Februari 2010

Nikmat kenyang dan hilang dahaga

hari ni hari ke 39 aku berpuasa tanpa henti sejak 19 Januari... memang tak daya nak teruskan sehingga 21 ari lagi... tetapi itulah azam aku... aku seperti meminta kepada Allah supaya dia 'melihat' kesungguhanku.  Aku seperti meminta simpati daripada Allah.  Semoga Dia kasihan kepadaku, hamba yang hina, hamba yang tidak layak berdoa meminta syurga tetapi sememangnya tidak sanggup ke nerakaNya.  Betapa aku bersyukur pada Allah selepas waktu berbuka kerana dapat merasai sepinggan nasi dan beberapa cawan air kosong.  Nikmat dan Rahmat dari Allah yang mengizinkan aku merasai nikmat kenyang dan hilang dahaga... sesungguhnya rahmat itulah yang sering aku alpa ketika aku bebas makan dan minum sepanjang hari dan malam... Andai ditarik nikmat itu alangkah kelatnya hidup di dunia, betapa sengsaranya andai aku hanya tahu makan tetapi tidak tahu rasa kenyang... Ya Allah... aku bersangka baik kepadaMu.  Aku yakin Engkau akan mengampun dosa aku... tetapi tidak cukup segala ibadahku... Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu, dan bukakanlah hatiku menerima segala ujian dariMu... Ya Allah, betapa aku ingin merasai indahnya tahajud, betapa kudusnya kasihMu pada semua hambaMu... aku rindu ingin meratap dan menangisi dosa dan kesilapanku... Ya Allah, jadikanlah aku isteri solehah, jadikan anak-anakku anak-anak yang soleh dan solehah, jadikanlah suamiku, lelaki yang ku sayang dan disayangi sepanjang hidup kami... Amiiin Ya Allah... Tuhan langit dan bumi serta segala makhluk di dalam dan di antaranya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan