Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Ahad, 28 Februari 2010

bakal menantu

minggu lepas ketika menonton tv bersama anak2 dan suami.  Drama sedih.  Anak2 sekejap2 paling muka ke arah aku... nak check aku menangis ke tidak.  Oleh kerana tu kali kedua aku tgk cerita tu maka tak adalah aku emosional sangat... tetapi berair jugalah mata aku... dan kantoi oleh anak-anak. kemudian aku check gak mata dia orang, mata dia orang berair gak.. kecuali Omar dan suami aku. Jadi lepas dia orang gelakkan aku, aku gelakkan dia orang pula.
Kemudian aku berkata kat anak2;
aku: kalau nak cari isteri, cari perempuan yang sensitif, maknanya dia tu ada perasaan... perasaan dia halus... orang yang tak menangis masa tgk cerita sedih maknaya hati dia keras, tak ada perasaan..
Hafiz: Hafiz tak pernah pikir lagi la mami
Hafiz pula terasa.
Aku: Ya lah tau. mami cakap saje... tapi Hafiz kena cari perempuan yang solat, pandai mengaji, test dia pandai baca quran ke tidak...
Hafiz: mami ni...(gelak2 malu)
Haziq: kalau orang tu pakai tudung tapi tak menangis macamna?
Aku: tak boleh! dia kena menangis gak
Anis: kalau dia tak pakai tudung tapi menangis macamana?
Aku: anak mami kalau nak cari awek, kena cari yang pakai tudung dan lembut hati..
Anis:kalau dia tak menangis, pakai tudung tapi beriman macamana?
Ish! budak ni... panjang akal pula..
Aku: tak boleh! orang pakai tudung bukan semestinya beriman.  ada org pakai tudung labuh tapi tengking mak, halau mertua... Iman... kita tak boleh ukur dgn tudung...
Haziq:Faham...?
Anak2: faham
kemudian malam esoknya
haziq: mami, macamana Haziq nak tahu kawan Haziq tu menangis ke tidak?
Aku: haziq bawalah dia tengok wayang, tengok cerita sedih, pas tu tgk dia menangis ke tidak.. tapi tgk wayang kena bawa Anis ke abang sekali...
Haziq: susahlah macam tu...
Aku: apa yang susah?  lagi senang, bawa dia datang rumah, mami temuduga dia, tengok dia ada perasaan lembut ke tidak...
Haziq: yahoo!
seronok sembang2 tentang kawin dengan Haziq sebab dia terbuka dan tidak menganggap ia satu gurauan tetapi serius.  dalam kepala, dia sudah merancang masa depannya.  Pernah dia berkata semasa darjah 1,
Haziq: kalau papa mati bagi kereta kancil tu kat Haziq ya?
Aku: eh! papa hidup lagi tu.... pasal pula ni?
Haziq: ya lah, bukan sekarang Haziq cakap...
sebenarnya aku mahu bersikap terbuka dengan anak-anak supaya bila remaja nanti, mereka tidak kekok untuk bercerita apa sahaja dengan aku.  Aku nak mereka menganggap aku kawan supaya senang nak memantau kegiatan mereka dan tahu apa yang ada dalam diri mereka.  aku tak nak anak2 aku berahsia dan bertindak mengikut fikiran mereka tanpa memberitahu aku atau suamiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan