Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 13 Januari 2010

tips untuk anak2 yang memberontak

Aku ingin berkongsi tips mendoakan anak-anak.  Dulu aku pernah menonton siaran tv yang kalau tidak silap seorang bapa mithali ditemuramah.  Anak2 beliau bukan sahaja berjaya ke university malah turut mempunyai peribadi dan ilmu ugama.  Maksudnya anak2 beliau walau berjaya ilmu dunia tidaklah seorang yang liar atau kaki disko atau pub.  Semua menurut kata dan mendengar nasihat orang tua. 
Tahun 2007, tahun yang paling kritikal dalam krisis membesarkan anak-anak.  Omar baru lahir, Anis hanya 4 th, Haziq 7 th dan Hafiz darjah 5.  Tiga yang teratas tu memang semua hendak menang dan tidak mahu mengalah, Omar pula manja tidak boleh berenggang dengan aku.  Sampai 1 peringkat ketika aku mahu balik dari rumah pengasuh, yang tiga tu bergaduh dan menangis dalam kereta.  Omar duduk atas riba aku sedang aku memegang stereng untuk cross jalan.  Aku tgk kiri kanan, suara bising dan dalam masa yang sama terpaksa memerhati tangan Omar bimbang dia memegang stereng atau sebagainya.  Memang tak boleh concentrate langsung sehingga aku terpaksa menengking anak2 supaya diam.  Bila Berjaya melintas, aku ingat dia orang diam, tapi tak juga.  Sekali lagi aku menengking.  Samapi rumah aku memasak, 3 tu sambung bergaduh, Omar aku dukung sedang tangan yang satu lagi menggoreng di kuali.  Bayangkan seharian di pejabat  aku sudah kepenatan, balik rumah memasak tetapi anak bergaduh dan menjerit.  Pada masa itulah aku teringat tips bapa mithali itu.
Malam itu juga, sebelum tidur aku suruh anak2 baca surah Al Ikhlas 3x, selepas itu aku salawat ke atas Nabi 3x, kemudian aku doakan mereka sambil mengusap ubun-ubun mereka.  Kata pak cik itu dia tidak pernah terlepas peluang berbuat demikian semenjak anaknya lahir.  Cuma bezanya pak cik itu berbuat demikian pada tengah malam sedang aku berbuat demikian sebelum tidur.  Kata pak cik itu tengah malamlah waktu terbaik kerana masa itu anak2 telah tidur, fikirannya rehat dan frekuensi mudah masuk.
Walau bagaimanapun sehari sahaja aku berbuat demikian, anak-anak sudah berubah dengan ketara.  Haziq tidak lagi membentak, malah dia menunggu saban malam untuk aku tidurkan dia, usap dan doakan dia.  Anis juga demikian.  Hafiz menjadi seorang anak yang bertolak ansur dan beralah dengan adik2 sampai sekarang.  Seketika agak lama setelah anak2 berubah, aku terleka pula, terlupa meneruskan rutin sehingga aku memulakan semula dua malam yang lalu.    Alhamdulillah berkat rutin aku menyuruh Hafiz mengaji setiap malam dia lembut hati, begitu menjaga takut aku berkecil hati, selalu minta izin sebelum buat sesuatu, dan suka lagu nasyid serta kisah2 Nabi dan para sahabat.  Malah dia juga rajin mengulangkaji pelajaran tanpa disuruh.   Haziq pula walau masih ada sedikit sifat keras, tetapi manja dan tidak sukar untuk dididik seperti dahulu.  Seperti namanya Haziq yang bermaksud cerdik, walau melihat berbagai  jenis kartun, pelajarannya agak baik,  kalau dia menelaah seminggu sebelum peperiksaan juga sudah memadai untuk dia kekal di kelas yang terbaik.  Bila mengaji pula dia mengaji cukup dengan panjang pendek, cukup dengan dengung.  Dan sebenarnya suara dia agak serak dan sedap didengar.  Dia peminat no 1 Bunkface. 
Anis ku yang comel pula semenjak mengaji di rumah ustazah yg juga merupakan guru besar sekolah agama, aku senang hati sekali.  Aku tahu ustazah itu garang.  Anis Cuma boleh mengikut dengan orang yang garang.  Dulu aku hantar ke tadika ABIM setahun, dia Cuma setakat Iqra 2. Kemudian sambung mengaji di rumah nenek sebelah rumah pengasuh, masih juga Iqra 2.  Kemudian ke Tadika UPM, masuh lagi Iqra2.  Tapi aku yakin di rumah Ustazah dia tidak akan kelentong lagi.  Pernah semasa di rumah nenek semasa mengaji dia  berkata, “anis tak ingatlah… semalam kan Anis terhantuk kat pintu rumah…. Anis dah hilang ingatan…”  Bayangkanlah ayat yang dia guna… Bab  terhantuk tu dia tidak tipu… tapi bab hilang ingatan tu memang sah dah kelentong!

Omar yang manja dan garang (muka kelakuan perangai sama dengan Haziq) memang seperti namanya “keras”.  Apa yang dia nak dia akan minta sampai dapat.  Ayat2 dia “Omar nak ugak!” “Mami ni aja je!” “omar cakap Omar nak!” “tu situ tu! Tak Nampak ke?” … oh! Dia juga seperti Haziq peminat Bunkface dan sudah pandai menyanyi ikut rentak… Bayangkan budak berumur 3 th 2 bulan sudah tegas dan pandai pula menyanyi… dia dah mula minta ke sekolah tp aku tak bagi.  Walau kalau dikira th dia sudah 4 th tp kalau dikiran bulan baru 3 th 2 bulan.  Tak sampai tgk budak kecik macam tu ke sekolah…  lagipun aku akan hantar dia ke tadika UPM, setakat ini itulah tadika terbaik yang aku jumpa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan