Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 16 Januari 2010

titipan untuk anak

Kini aku mengetahui cinta kepada manusia itu tidak akan kekal. Usahkan cinta lelaki kepada perempuan atau cinta perempuan kepada lelaki, cinta kepada anak atau cinta kepada ibu bapa juga hanyalah seketika. Ya kini aku mengerti hanya cinta pada Allah, pada Rasul dan sahabat-sahabatnya yang boleh menghiburkan dan menenangkan. Namun cinta sejati yang ku cari mungkinkah menjengah aku lantaran dosa yang mengikutku?

Saat aku gundah dan menitis air mata melihat bayi yang ditinggalkan di jalanan, bayi yang berbungkus kain sarung di dalam tong sampah serta bayi yang kembung di talian air, aku terkesima jua apabila ku selak akhbar ku dapati bukan hanya ibu bapa yang membuang anak… rupanya anak-anak jua bisa membuang ibu dan bapanya. Ya Tuhan, syukur aku kepada Mu kerana tidak menduga aku dengan ujian seberat itu. Kalau Kau berikan ujian seberat itu, mampukah aku mengharunginya?… Ya Tuhan janganlah kau uji aku sebegitu berat seandainya imanku tidak mampu menerimanya.

Wahai anak-anakku, aku tidak mengandungkan janin di dalam perutku… aku tidak melahirkan anak… dan aku berjaga siang malam… aku mencukupkan keperluan kalian… bukan untuk kalian meninggalkan aku di tepi jalan… Wahai anak, jangan kau melakukan itu kepada ibu mu ini yang setiap kali melahirkanmu di dunia, hirisan pisau menoreh kulit perutku. Betapa sakitnya tatkala nanah yang bersarang di luka itu tidak akan aku lupa… Betapa payah aku berjalan berpimpin-pimpin bersama papa mu kerana luka di perut itu…

Ya Tuhanku… begitu malu aku ingin meminta keampunanMu, betapa hina aku merasa diriku. Aku mohon rahmatMu, ku mohon hidayahMu, kerana aku sentiasa percaya Engkaulah Tuhan yang satu, yang pengasih dan penyayang… aku yakin akan janjiMu, bahawa Engkaulah pengampun dosa-dosa besar. Ya Tuhan, dosaku yang bertimbun membebani bahuku… terasa berat dan aku seret jua beban di kaki ku…

Wahai anak… aku didik kalian lebih baik dari apa yang nenek dan atok telah berikan kepada ku. Aku mengharapkan kalian menjadi anak dan manusia yang lebih baik dariku. Janganlah bandingkan kelemahanku untuk menafikan cintaku kepada mu. Janganlah jua menjadi anak derhaka kerana kelemahan ibu mu ini… kerana sejahat manapun ibu, syurgamu tetap di bawah kakiku…

Ya Tuhan… kuatkanlah imanku… Janganlah berpaling dari ku… aku tetap ingin menjejakiMu… aku ingin bertemu jalan pulang… aku sudah puas hidup tiada panduan… Pandulah aku… berikanlah aku RedhaMu… kerana aku takut untuk pulang tanpa RedhaMu…

1 ulasan:

  1. nak kena cas ni... hehehe... anyway TQ sebab masuk sini...

    Ryina Ikhwan

    BalasPadam