Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 8 Januari 2010

minggu pertama persekolahan

Sepanjang minggu ini, iaitu minggu pertama persekolahan, rutinku kelam kabut. Anis masuk ke tahun 1, Haziq tahun 3 dan Hafiz tingkatan 2. Aku harap minggu kedua, suasana akan lebih tersusun kerana pendaftaran ke sekolah agama, serta taekwando telah ku selesaikan. Pada minggu hadapan rasanya aku tidak perlu lagi ke hulu hilir menghantar anak pagi dan petang kerana tugas mengambil dan menghnatr anak2 aku serahkan pada suami pengasuh aku yang baik hati. setelah gagal mencari van untuk mengambil anak dari sekolah kebangsaan, kemudian menghantar ke rumah pengasuh, seterusnya datang mengambil semula dari rumah pengasuh ke sekolah agama, suami opah menawar diri... sudah tentu akan aku bayarkan jua duit minyak++.

Pada minggu hadapan sepatutnya aku akan menumpukan perhatian pada penulisan buku. Aku bercuti selama 9 bulan demi menulis sebuah buku akademik untuk diterbitkan. alangkah baiknya kalau aku dapat menulis di rumah. Tetapi di rumah pula aku takut tumpuan aku dicuri oleh masak-memasak, kemas mengemas dan seumpamanya.... oppps, dan makan memakan.

Anis rupanya tidaklah banyak kerenah saat melangkah kaki ke sekolah. Berbanding dengan masa ke tadika dulu yang terpaksa ku pujuk, ku marah dan ku pujuk semula, kali ini kelihatan dia gembira. Pandai pula dia berkawan dengan rakan sekelas. Malah sempat juga menegur Aiman yang pernah sekelas dengannya masa di Tadika sekolah Cina yang setahun tidak berjumpa. Haziq dan Anis macam kembar pula. Haziq pada hari pertama persekolahan sampai tidak makan di kantin kerana mencari Anis untuk mengajaknya makan bersama. Dia takut Anis tidak pandai lagi mahu membeli makanan atau tiada kawan. Tindakan Haziq membuat aku terharu. Rupanya walau berkelahi dan saling tumbuk menumbuk di rumah, bila di sekolah pandai pula menjaga adiknya...

hari ni Jumaat, 8 Jan, aku hantar mereka berdua ke latihan Taekwando. Dari tahun 1 mahu belajar taekwando tidak ku benarkan. Aku kata tunggu sampai Anis tahun 1, bolehlah belajar sama-sama. Nak bertumbuk pun tak apa untuk praktis taekwando. Tapi rupanya, balik dari latihan disuruhnya Hafiz jadi block... Hafiz tak nak, takut dia ter'sepak' Haziq masa mempertahankan diri tetapi Haziq mahu juga. Lalu Hafiz paksa Haziq berjanji supaya tidak menangis jika dia tersepak Haziq. Haziq setuju. Tapi Haziq pula memang betul-betul angkat kaki tendang Hafiz. Terkejut aku. Langkah kaki besar2 dan tinggi. Hafiz yang mahu menahan diri memulas tangan Haziq... aku risau tengok takut lengan Haziq terseliuh... so aku jerit, suruh berhenti. Haziq terus menerus menjadikan Hafiz block. Akhirnya bila dia terasa kesakitan dipulas Hafiz, dia menangis.

Anis pula macam terkena kejutan budaya. bibirnya berdarah kerana berlanggar dengan kepala Haziq masa berlatih... anak manjaku macam terkejut. Baru tahu taekwando tu macamana gamaknya... anak manja perempuan seorang... padan muka! aku kata jangan nak berhenti belajar, aku dah bayar semua.... time2 aku tak ada duit bayar yuran itu ini, jangan nak berhenti tengah2 jalan...!!

Kemudian Haziq bawa balik borang biasiswa. Dia kata mami isi semua ni, nanti kita dapat duit! aku tergelak. Aku cakap kita ni dah kira kaya, tak layak minta biasiswa. Takkan dapat punya!

aku yang best student masa sek men dulu pun hanya sekali dapat duit dermasiswa ke apa entah. berbasikal aku jauh dari kg aku Dewan Beta sehingga ke Nilam Puri. Tu masa remaja.. bukan setakat Nilam Puri , dari Dewan Beta tu aku pernah berbasikal sehingga ke Perol! Gila ke apa masa tu? Kalau kena rogol tengah jalan macam mana? Tapi itulah masa sekolah, bukan cukup akal lagi nak fikir...

teringat pula anak saudara aku sorang ni, ambil B. A di UPM, dua minggu lepas dari Kelantan ke Stesen Putra. Dari Stesen Putra kononnya nak naik keretapi sehingga ke Serdang. alij-alih tersilap naik keretapi sehingga sampai last station di Klang. Masa tu pukul 10 mlm... Kena rasuk ke apa ke budak tu tak nak call aku, takut kena marah dek mak sedara yang baran ni... so dia rela naik kereta India. Aku tak pasti pula lelaki ke perempuan. Tapi mujurlah dia jumpa dengan orang2 baik... kalu kebetulan yg offer nak hantar tu org psiko? Tak ke haru? masalahnya tak kisahlah yang dia tumpang tu Melayu ke India ke Cina ke, tapi tak terfikirkah dia keselamatan diri dia? Takkan sanggup ambil risiko tu hanya takut aku marah? Kalau nasib tak baik kena rogol bergilir2 ke? Tak sanggup aku nak fikir...

First time naik keretapi sorang2 tak sangka sesat sampai Kelang gamaknya... tapi  kenapalah tak tanya orang, nak ke seremban tu naik keretapi menghala ke mana?  Check platform mana?  ke sibuk berbalas sms?   hmmm... aku seusianya dah duduk Hiroshima, dari Hiroshima ku travel ke Tokyo naik keretapi sampai Tokyo sorang2 je... sebelum subuh bertolak dekat maghrib baru sampai TOkyo... kemudian dari Tokyo nak balik Hiroshima aku naik shinkansen pula... berapa kali tukar keretapi dan platform?  tak sesat pun!!! sebab aku beli buku jadual keretapi, aku tanya orang pula tuk confirmkan semula... hissH!  mula lah nak naik darah balik nih!

Tapi sebenarnya aku sayang anak saudara aku tu... solat awal waktu, rajin mengemas dan bila datang rumah aku siap berletar lagi kat aku suruh aku kemas rumah? ingat aku ni bibik ke apa? keluar rumah pukul 7 pagi sampai rumah  pukul 7 malam, malam hanya mampu aku masak dan basuh pinggan mangkuk... nak basuh baju lipat baju lagi... kemas rumah lebih2 tu, tunggu aku  betul2 santai... hehehe (pemalaslah katakan...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan