Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 23 Januari 2010

kenangan di sek men

Minggu ni Hafiz balik sekolah beritahu dia dilantik jadi setiausaha pengakap dan bendahari kelab siber.  aku rasa di sekolah tu pelajar tingkatan 3 ke atas tidak aktif berpersatuan kerana persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.  Aku cuma tumpang gembira sikit-sikit.  Almaklumlah Hafiz rela dilantik AJK kelab dari dilantik menjadi pengawas.  Katanya jadi pengawas banyak kerja dan balik lambat.

Masa aku sekolah menengah tahun 1983-1987. Masa tu aku teringin2 menjadi pengawas tapi cikgu tak mahu melantik aku... entah kenapa ya... mungkin aku tidak menonjol dalam kelas walau setiap kali peperiksaan aku top 2.  walau result SRP 6 agregat, cikgu disiplin tak lantik juga aku... hehehe... frust la juga masa tu... mengenang kakak aku sorang tu belajar entah apa2 pun jadi pengawas... maklumlah orang lawa, sampai cikgu nak masuk merisik tapi mak aku halau... hahaha.. padan muka cikgu... tak leh tgk murid lawa sikit, lantik jadi pengawas, malah nak wat bini pulak ke?  adoi.. macam hal cikgu zaman dulu...tp tingkatan 1-3, aku merasalah jadi ketua atau pen ketua... tapi aku jadi garang la pula... siap aku tengking2 pulak ketua kelas, sebab dia tak buat kerja tapi melepak merata2 kat sekolah... maafkanlah aku (kalau tak silap namanya Salmi, lelaki).. terpinga2 budak tu... tapi aku memang marah betul... dah ketua bercampur dgn kaki gila2... aku pulak yang terpaksa handle budak2 yg bising dan buat onar dalam kelas...

Form 4 lagi la aku berangan2 nak jadi pengawas, tapi entah kenapa entah cikgu tak lantik juga aku walau aku  top student... agaknya kalau cikgu add math ke math ke kimia ke jadi guru disiplin tentu aku dilantik jadi pengawas... tapi masa tu tak sedih sgt sebab aku dilantik jadi pengerusi la bendahari la setiausaha dan AJK kelab redaksi sekolah.  aku rasa cikgu2 zaman dulu lantik budak2 lawa je jadi pengawas... tapi ada la sorang pengawas ni satu kelas dengan aku masa form 5, macam tunjuk lagak dengan aku sebab dia pengawas dan aku bukan... kawan2 aku macam2 dok mengata dia dan dok marah2 sebab apa aku tak dilantik jadi pengawas... masalahnya bukan samada aku tak dilantik atau dilantik jadi pengawas... yang aku nak tahu apa itu kriteria nak jadi pengawas?  Cantik, tinggi lampai...?  Kalau nak dikira yang jadi pengawas kelas aku macam itulah... dan lagi pengawas kelas aku 4 / 5 org je, sdgkan kelas sastera punyalah ramai... dan pengawas kelas sastera memang cun melecun...silap cikgu kimia (cikgu Amran-yang sedikit gatal tapi baikhati) cikgu Fizik (cikgu rahim yang mengajar penuh semangat) dan Cikgu add math (lupa nama, cikgu cina) tak jadi cikgu disiplin... masa form 5, tahun terakhir pun cikgu tak lantik... alih2 cikgu disiplin masuk kelas aku tingkatan 5 Sc 1, tengok keliling kelas dan tunjuk je... "kamu! kamu! Kamu! Kamu! bagi nama kat saya.." esoknya budak yang kena tunjuk tu jadi pengawas... boleh ke macam tu?  tak ke orang bijak2 macam aku (aku dah riak, takbur dan bongkak ni!) sakit hati... hehehe...

Tapi yang paling best sekali cikgu Amran masuk kelas aku, panggil aku suruh masuk lab kimia... aku dah berdebar masuk bilik dia, sebelah bilik tu makmal, gelap gelita.. kemudian dia cakap aku jadi ketua badan redaksi sekolah.  Bagi aku jawatan tu macam jawatan ketua pengawas!  glamor lah tu!  tapi kawan2 aku jadi batu api pulak, cakap muka seorang pengawas  tu macam mencuka!  aku menang! Aku menang!  Jawatan tu memang glamor... almaklumlah keluar majalah tahunan sekolah muka aku yang keluar dulu lepas muka pengetua...hehehe...dan yang paling kelakar sepanjang tahun tu aku menunggu dipanggil cikgu Amran untuk buat kerja2 penyuntingan dan sebagainya... alih2 cikgu Amran panggil aku lagi ke bilik dia, aku lagi sekali rasa semacam.. kemudian dengan senyuman manis dia dia suruh aku pilih cover majalah sekolah!  katanya semua yang lain dah siap, tunggu cover je belum tahu nak pilih yang mana satu... aku terkekek2 ketawa. sedang cikgu Amran tersenyum... (cikgu, senyuman cikgu memang menarik)... Masa aku tingkatan 4, sebagai ahli redaksi majalah adalah juga aku pergi sekolah sama2 edit karya pelajar, bila jadi boss aku cuma disuruh pilih cover sebab cikgu dah upah org lain buat... so tahun tu majalah sekolah penuh dengan nama aku dan gambar aku...

Malangnya ada seorang perempuan sakit mental (semoga menjadi ahli syurga) datang berkunjung ke rumah aku, adik bongsu aku pula takut, terus bagi majalah sekolah masa aku form 4 & 5 kepada kakak tu... apa kena mengena pula kan? antara aku, perempuan tu dan majalah tu kan?  Aku marah adik aku, dia dok gelak2 je... sorry sorry katanya... habis hilang kenangan indah aku kat Sek Men Mulong... tp kakak tu kalau aku tahu aku balik kg, mesti bertandang rumah aku... seram sejuk aku terutama adik aku yang tu...

Utk rakan2 yg telah jadi Cikgu, Mahani, Noriah dan staff nurse Eton,,, kenangan bergandingan naik basikal, gelak ketawa sepanjang perjalanan masih tetap menjadi kenangan terindah bagi aku... gelak ketawa sambil mengumpat cikgu dan rakan2 lain tu memang kelakar...

Untuk cikgu Rahim, Amran dan dua orang cikgu cina yang mengajar aku math/add math, terima kasih banyak2... kerana kalian semua aku berjaya sampai ke Jepun dan menjadi Ph.D holder... kepada Cikgu Malik yang mengajar aku tingkatan 1-3, apa khabar cikgu sekarang? cikgu cikgu disiplin kan? kenapa tak lantik saya jadi pengawas? tapi teringat cikgu masuk kelas saya, panggil saya dan tunjuk surat cinta yg ditujukan kepada saya... macamanalah saya tahu budak tu siapa dan dari mana dia dapat alamat sekolah saya?  tapi sebenarnya cikgu, walau cikgu rampas surat tu, saya cuba hafal alamat budak tu, terkial2 saya menghafal.. tapi tak ingat cikgu!! teruk betul aku... masa tu cikgu saya memang glamor, sebab karya sajak ke lawak saya dua tiga kali keluar majalah pelajar.... jeng! jeng! jeng!  dari situ juga abang angkat saya, Lt Kol. tu tulis surat, bila masuk UM pun dia datang juga jumpa saya... tp teruklah dia tu, lepas kawin terus tak balas surat saya... kan adik beradik angkat? takkan lepas kawin tak boleh continue persaudaraan lagi... tp lantaklah..  asal abang Is bahagia... eh suamiku, jgn marah ye... ni citer budak2 ni...

Cikgu Amran, tak tahu kenapa ramai yang mengumpat cikgu... padahal cikgu baik... dia org kata cikgu kawin dua, cikgu tahu tak?  Cikgu Rahim, cikgu tahu ke cikgu handsome, tapi cikgu serius sangat mengajar fizik sehingga kami tak sempat nak melayan perasaan, tak sempat nak minat cikgu... cikgu adalah cikgu yang paling komited pernah saya jumpa... kepada cikgu baru yang baru balik oversea tu, sebelum mengajar tu wat le preparation... jangan main hafal je... subjek biologi yang aku minat, aku jadi tak minat, terus aku tak belajar dan sekarang tak dapat jadi doktor manusia, cuma dapat jadi doktor bahasa...oh!

Untuk kawan sekelas Hadi, ketua pengawas dan byk kali juga kita bincang pasal study dan nak masuk U mana, sekarang kerja kat hospital mana?  awak soranglah kawan lelaki yang baik dengan saya  dan saya tak segan nak minta tolong dari awak sebab awak ni berkawan dan menolong orang dengan ikhlas...Untuk Azmawati pengawas yang cool dah jadi cikgu juga... sorg lagi Ahmad Lutfi, jarang aku bercakap dgn dia tapi ari tu dia hantar email ucap tahniah sebab aku jadi pensyarah, tahniah juga untuk awak sebab dah jadi somebody, kalau tak awak tak bermastautin di Dubai... kan?

so all the best untuk kawan-kawan form 4-5 Sc 1, kita semua dah berjaya keluar dari kepompong, dari anak desa kini merantau,  tapi kita tetap kan pulang ke asal usul kita kan... semoga kita masih seperti dulu, ikhlas dalam persahabatan...

6 ulasan:

  1. Wow! Anda masih menyimpan semua memori itu. Ternyata walaupun kita hanya sekumpulan pelajar kecil di sebuah sekolah terpencil,kita tidak kekurangan kenangan! Terimakasih pd semua guru (Cikgu Cina yg ajar Add Math tu namanya Cikgu Chin), dan terima kasih jua pd semua teman.

    Mohd Lutfi, Islamabad

    BalasPadam
  2. terimakasih tuk Lutfi sebab baca blog saya and ingatkan saya nama Cikgu Chin... masa tu Cikgu Chin masih muda kan? la ni masih mengajar lagi ke dah pencen... rasanya semua cikgu kita dah pencen atau hampir pencen... cikgu geografi kita dulu (cikgu Ismail) hari nyaris nak jadi YB tau... Cikgu Hasmah? ingat lagi tak? kakak Hadi tu... Cikgu Hasmah tak kenal saya dia kenal abg saya sebab abg saya kaki ponteng dan kawan dgn adik dia (abg Hadi).. hehehe..

    Roslina Mamat

    BalasPadam
  3. A blog written by a PhD holder, a linguist and a novelist. There is no better blog to read!

    BalasPadam
  4. heheh awak ni... jgn puji2 saya... biar saya puji diri saya sendiri dlm blog tak per.. sebenarnya tak hebat mana pun ada Ph d tu... gempak je lebih... and nak dapat tu susah... tp bila dah dapat kita kan rasa org lain lagi lah lebih hebat... entah apa2... awak mmg dok Islamabad ke la ni? company kat sana? ke kawin dgn org sana? jeng jeng jeng... Roslina Mamat

    BalasPadam
  5. I'm still a Malaysian, working with the Government of Malaysia and married to a Malaysian.Currently, I'm stationed at Islamabad and Insya Allah I'll be back to my homeland soon because I'm approaching the end of my term here.Awak untung sbb pengalaman luar negara awak adalah di Jepun, sebuah negara bertamaddun. Saya duduk di Pakistan, sebuah negara yg rakyatnya masih kencing di tepi jalan, kadar buta hurufnya tinggi dan yg lebih menyeksakan, suicide bombing berlaku hampir setiap minggu. Boleh mati ooo!

    BalasPadam
  6. oh PTD la ni ya... tu profession yang saya minat tu... Jepun? memang baguslah berbanding Pakistan... Tapi tak lama lagi abis kan... Alhamdulillah boleh ke negara lain pula... seronok gi negara orang ni tapi jgn lama2.. bumi kita juga yang terbaik... betul tak?

    BalasPadam