Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 27 Januari 2010

sekolah kurang duit

sudah 3 hari haziq demam dan ponteng. semalam ketika Haziq baring-baring di katil aku menjamah dahi dia...
Aku: kenapa haziq tiba2 demam ni...
Haziq: entahlah... sebab perhimpunan kot..
Aku: kenapa pula? apa kaitan perhimpunan sekolah dengan demam Haziq?
Haziq: Ya lah.. perhimpunan tu panas kipas tak ada, tempat cikgu ada kipas pula...
Aku: (kesian tp aku tersenyum) la .. ya ke?
Haziq: lepas tu masuk kelas tak boleh buka kipas sebab nak jimat... sekolah tak ada duit...

wahai... sian budak2 ni... yg masuk asrama penuh pun kena halau supaya balik rumah seminggu sekali sebab sekolah tak ada duit untuk tampung makan... yg mak  ayah di kg tu naya juga nak bayar tambang bas 4 kali sebulan gi balik... tak ada ke cara lain untuk bantu anak2 belajar lebih selesa... bukan nak lebih-lebih pun.. kipas dan makan tu  rasanya tanggung jawab kerajaan lagi... oh! tak leh tulis lebih-lebih... bahaya... tapi sebagai ibu bapa terasa sangat ketidakadilan berlaku pada anak bangsa terutama pada anak2 di luar bandar  yang tidak ada kemudahan internet, tidak ada sekolah integrasi, dan segala macam kepayahan semata2 nak ke sekolah... perlukah kita membentuk satu golongan elit untuk mentadbir negara pada masa depan dan satu golongan majoriti yang lain kita biarkan mereka berusaha dalam segala kedaifan bagi mereka memperbaiki taraf hidup mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan