Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 3 Disember 2009

aku dan blog kereta mayat

suami aku suka usik aku dengan blog kereta mayat. katanya aku dengar semua cakap en kereta mayat tetapi tak dengar cakap suami sendiri... hihihi.. dia bagi contoh: kereta mayat suruh pembaca ziarah jiran, suami aku dah cakap lama tapi aku tak dengar... bila kereta mayat suruh ziarah jiran, cepat pula aku ajak suami aku ziarah jiran sebelah...
Lalu aku kata "contohnya (formal la pula) papa ajak mami gi rumah sebelah tapi mami tak gi... kereta mayat suruh mami gi ziarah jiran mami gi... sebab dia kata ziarah jiran tu amalan ahli syurga.. kita nak masuk syurga kenala buat amalan ahli syurga iaitu ziarah sesama ahli syurga... mami bersemangat nak ziarah jiran sebab mami nak masuk syurga dan buat amalan ahli syurga... cuba papa ajak mami buat sesuatu then papa relate kan pula dengan kisah syurga ke neraka ke, kisah nabi ke..."
Suami aku kata' "sama je... suami cakap apa tak nak ikut! Nanti pas ni papa buat blog van mayat pulak! tgk mami ikut ke tidak"
Hafiz mencelah "ha ah la papa... Hafiz buat blog basikal mayat... ok tak?"
Bila aku kenang2 kembali betul juga cakap suami aku... aku tak dengar cakap dia tapi dengar cakap en kereta mayat... lalu semalam sambil ketawa terkekeh2 aku cium tangan suami aku lantas berkata dengan sengih mcm kerang busuk...
"mami minta maaf sebab tak dengar cakap papa selama ini..."
Suami aku tersenyum je... kemudian aku peluk suami aku erat2 sambil berbisik..."ni kereta mayat yang suruh..." hehehe... kami ketwa lucu...
so sapa2 yang baca blog ini, baca lah keretamayat.blogspot juga... byk manfaat dan kisah2 yang boleh buat kita menangis dan insaf...

6 ulasan:

  1. salam...

    Alhamdulillah.. kita tak sedar persaudaraan seugama lebih penting dan sentiasa mementingkan ikatan sesama insan tanpa mengira jenis, darah atau kulit... kerana semua pasti reput menjadi seperti tubuh yang dibawa oleh kereta mayat.

    sekali lagi... salam..

    BalasPadam
  2. kadang2 kita tak dengar nasihat org yang dekat dengan diri kita... tp bila org 'luar' yang nasihatkan, baru kita tahu baik buruk kelakuan kita

    BalasPadam
  3. salam, jika di izinkan, bolehkah aku copy/paste sebahagian entry ini (tanpa hidden cost) ke dalam projek buku PYH part 2, (belum tentu penerbit akan lulus, tapi aku mintak izin untuk draf) dan sila jawab di email Keretamayat2gamil.com untuk tujuan merekod.

    terima kasih.

    BalasPadam
  4. salah alamat email tu, keretamayat@gmail.com

    BalasPadam