Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 20 November 2009

handset haziq dan result exam

semalam, handset haziq kena curi masa dia mengaji di rumah ustazah... walaupun aku keberatan nak benarkan bawa handset, tetapi aku terpaksa benarkan juga memandangkan rumah ustazah dan rumah kami agak jauh. Dia pergi ke rumah ustazah terus dari sekolah ugama, jadi kadang-kadang bila dia tidak mengaji, maka dia terpaksa menunggu aku atau suami aku agak lama di sekolah... dia menangis dalam kereta. Aku tak marah dia. mungkin dia takut suami aku marah. tapi suami aku tak marah juga sebab aku dah pujuk suami aku... kesian kat haziq.

sebab tak ada orang nak marah dia, ceria pula lebih-lebih dia semalam macam tak sayangkan handset dia tu.. handset tu aku beli guna duit tabung dia... tapi selepas isya' ustazah telefon aku, katanya dah ada org pulangkan handset... Alhamdulillah... rupanya ustaz buat majlis bacaan yasin... Haziq bukan main suka lagi... tambahan pula hari tu dia dapat hadiah set pensel dari sekolah agama serta dia dapat no 18 (4A1B) dari sekolah kebangsaan. Makin bagus pencapaian.

Malangnya pencapaian di sekolah agama agak teruk.. walau tahun depan masih kelas A, tapi dapat no corot... Boleh ku katakan dia hampir tidak membaca sepanjang tahun.. Macamana nak mengulangkaji pelajaran jika buku2 dan beg sekali tinggalkan di rumah opah (pemgasuh)? sekolah kebangsaan pula, sekali sekala aku dan suami terpaksa menjadi garang, kalau tidak selambalah dia menonton segala jenis kartun dan kapten 'barbel?" setiap hari...

hafiz dapat A dalam math dan subjek lain semua dapat B... Alhamdulillah.. juga meningkat dari sebelumnya... Anis? Anis dapat no 13. sebelum ini dapat no 17. Semalam hari terakhir Anis di Tadika UPM...

Omar? Pencapaian Omar? Bila dia agak aku nak marah dia atau larang dia buat sesuatu cepat-cepat dia berkata "omar sayang mami" or "omar sayang mami... sayang cangat-cangat" dah tu cairlah aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan