Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 5 Oktober 2009

Ku Mohon RahmatMU

wahai hati
kenapa dirimu kelam
tidak bersapa cahaya
akukah yang dungu
kerana tidak mengerti
dan tidak ku jumpai
ketenangan yang ku cari...

aduhai malang sekali
rahmat Tuhan
yang tanpa sedar aku dustakan
ya Tuhan
kembalikan aku kepada cahayaMu
aku kepingin sekali
merasa syukur aku kepada Mu
dengan sesungguhnya...

wahai diriku
kemanakah aku menuju
aku tidak pasti arahku
mendekati diriMu
atau menjauhi RahmatMu

ya tuhan
syurgaMu tak tercapai
tanpa RahmatMu
aku terlalu hina
terlalu lalai
aku memohon kepadaMu
berikan aku petunjuk
berikan aku hidayahMu
sesungguhnya tanpa Rahman dan tanpa RahimMu
akulah manusia yang berjalan menuju kehinaan
tidak sanggup
aku berjalan tanpa menunduk muka
kerana malunya aku kepadaMu

ya Rabbi
Kau tahu...
aku ingin sekali
menangis kerana merinduiMu
aku ingin sekali menitiskan airmata
kerana rinduNya aku kepada KekasihMU
namun...
sekelam hatiku
sehina diriku
aku belum lagi mencapai keikhlasan
untuk menjadi hambaMu
yang redha
akan ketentuanMu...

Ya Allah...
ampuni aku
jadikanlah aku
orang yang menangis
di tengah malam
kerana insafnya aku
terhadap
dosa-dosa silamku...

ya Tuhan
pandulah aku
janganlah Kau jauhkan aku dariMu
aku ingin sekali dekat padaMu
walau betapa
hinanya diriku...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan