Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 5 Oktober 2009

aku dan Anis

Anis: mami cuba rasa Anis... cold ke hot?
Aku: (menjamah leher) colddd!
Anis: dahi, mami?
Aku: (aku sentuh dahi) cold!!!
Anis: ya lah Anis berpeluh!!...

kemudian tidak semena-mena dia batuk... macam orang kena batuk kering. Aku diam... tidak beri komen apa-apa... pas tu dia muntah pula... tapi tak keluar apa pun cuma air liur... aku ketawa dalam hati... aku tetap cool... merah padam muka dia sebab batuk dan muntah... aku rasa nak ketawa... kemudian, dia berkata

Anis: kalau Anis batuk, boleh tidur dengan mami?
Aku: Tak boleh!
Anis: Kalau Anis muntah?
Aku: Tak boleh!
Anis: kalau Anis demam?
Aku: boleh...
Anis: tapi Anis nak tidur dengan mami!!
Aku: Tak boleh! kesian kat papa... macamana papa nak tidur? mami lagi, Anis lagi, omar lagi.. kan anis dah besar? dah 6 tahun? berdosa tidur dengan mak ayah!
Anis: Hari cuti Anis tidur dengan mami? boleh?
Aku: Boleh... (rasa kesian pula)
Anis: hari jumaat Anis tidur bilik mami?
Aku: Jumaat mana cuti...
Anis: bolehlah...
Aku: bolehlah tapi hari Ahad kena tidur bilik Haziq
Anis: ok. terima kasih mami..

tapi akhirnya beberapa malam sahaja dia tidur bilik Haziq. pas tu malam2 dia berhijrah ke bilik aku... erla dia tidur bawah kaki Omar...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan