Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 10 Oktober 2009

kerja merapu

Tadi jumpa kawan2 masa sama2 menuntut di Jepun hampir 20 th yang lalu. Lalu ku tanya, "suami kerja apa sekarang?", Kerja merapu' jawabnya, aku ketawa terkekeh-kekeh. satu jam kemudian ku jumpa senior lelaki pula, "kerja kat mana?", "macam-macam kerja merapu...", katanya sambil tersengih, aku senyum lucu. Tadi aku dapat istilah baru, iaitu 'kerja merapu". 'kerja merapu' adalah macam2 kerja yang dilakukan oleh bekas pelajar yang grad dari Jepun, pernah jadi jurutera atau pengurus di syarikat2 Jepun kemudian setelah bergaji lumayan berhenti kerja kerana tidak tahan tekanan... dan orang yang terlibat itu termasuklah kawan satu batch aku dan seorang lagi adalah suami aku... Nak dikatakan mereka tidak bekerja, tidak, itu salah. mereka bekerja juga tetapi telah lari 'spec' biasa yang sama dgn rakan2 or andaian org kebanyakan bahawa mempunyai kedudukan tinggi dan sudah tentu selesa menjadi org besar syarikat Jepun. Pada pandangan orang, pengurusan Jepun adalah yang terbaik di dunia... tapi cubalah anda duduk di Jepun selama bertahun-tahun macam kami, anda akan kenali dgn lebih mendalam. Jadi nilai kerja mereka buruk?... terpulanglah pada pandangan masing2. Kalau usia anda hanya akan dihabiskan dgn kerja sepanjang tahun, tidak perlu memberi keutamaan kepada anak isteri atau masa sendiri, maka itulah jawapannya. tetapi tahukah anda berapa lama orang-orang Jepun yang mati akibat karoushi (mati kerana terlebih kerja)?, atau berapa ramai yang mati membunuh diri akibat stress, dan berapa ramai pula sekarang warga emas yang bercerai selepas pencen... bagi org yang tidak beragama seperti orang Jepun berapa lama mereka boleh bertahan ditekan dan dipaksarela melakukan kerja sehingga terpaksa menemani boss atau pelanggan di bar atau ozakaya? Teringat kepada 7's McKenzie yang tercipta hasil penyelidikan Mat Salleh terhadap budaya kerja Jepun, dan 7's inilah yang cuba diserap ke serata dunia... apabila aku menghadiri kursus PTK dan salah seorang pakar ekonomi bercakap ttg 7's aku cuma tersenyum sumbing...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan