Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 12 Oktober 2009

Anis dalam keluarga

Aku kadang-kadang tidak faham bagaimana kasih sayang bapa kepada anak perempuan berbeza dengan kasih sayangnya kepada anak lelaki. yang aku tahu suami aku tegas dengan kesemua anak-anak. tapi aku rasa gelihati bila cikgu2 tadika dok asyik minta Anis potong rambut pendek, suami aku tak benarkan. Suami aku nak rambut anak daranya panjang mengurai. dan lebih teruk, bila anis minta suami aku potong rambut di depan supaya mata tak terlindung, pun suami aku tak benarkan... rupa-rupanya dia betul2 mahu tgk anak perempuannya ada sifat dan fizikal perempuan... yang Hafiz pula bila Anis pakai seksi sikit, dikatanya Anis gedik, mengada-ngada... kecohnya Hafiz jika Anis berseluar dalam dalam rumah.... Anis ni pula comel juga (anak aku! mestila aku kata comel), putih, tinggi lampai suka pakai baju seksi2 dan pandai pula bergaya, pakai seluar dgn baju singlet adik dia, so nampak perut, pinggang, pusat, baju pula tak berlengan dan dipakainya pula spek hitam diletak atas kepalanya, aku rasa macam Nasya Aziz pun ya... Bila first time suami aku tgk keadaan anak dia semalam, tersenyum simpul dia... alamak! seksinya! kata suami aku. aku cuma tersengih... ANis ikut perangai siapa suka bergaya dan pandai melaram.. aku tak macam tu, aku nak pakai bedak gi keje pun malas... hissh! ni aku dah risau macamana nak buat majlis kawin dia nanti... lambat lagi sgt... tp aku mmg risau... aku tak nak buat majlis bersanding, atau berinai, or hantaran yg hebat2... aku cuma nak wat kenduri dgn akad nikah je.... boleh ke dia terima macam tu? aku nak dia mengikut cara aku kawin dulu, tak ada sanding2, berinai2, cameraman upahan, baju nikah kos RM50/, aku rasa itu lebih baik dari buat kerja2 yg tak berfaedah dan membazir tak tentu hala... camana ni ek... oh tapi aku ada anak sulung yg ala2 ustaz sikit... hafiz! tentu dia sokong aku... kalau Haziq atau Omar, rasanya tak boleh diharap... budak dua org tu rockers!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan